Penunggang Motosikal Maut Ditimbus Pasir

Posted on

 

WhatsApp Image 2016-08-27 at 23.16.47

LANGKAWI: Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang pemandu kereta cedera ringan selepas kenderaan yang mereka naiki dihempap sebuah lori pasir yang terbalik di persimpangan lampu isyarat Kampung Titi Cangwang di sini, hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Langkawi, Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh, berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Redzuan Khazali, 26, dari Kampung Lubok Setul di sini.

Beliau berkata, mangsa dipercayai lemas selepas tertimbus pasir lori terbabit dalam kejadian jam 1.25 tengah hari itu.

Katanya, mangsa yang cedera, Saidon Ali, 62, hanya mengalami kecederaan di jari tangan kiri dan lengan tangan kanan.

“Nahas berlaku apabila lori pasir dari Simpang Kenyum cuba membelok ke arah Padang Matsirat sebelum terbabas dan terbalik lalu menghempap dua kenderaan itu.

“Penunggang motosikal tertimbus dalam pasir manakala pemandu kereta cedera apabila keretanya dihempap lori,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Mahadhir berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Langkawi (HL) untuk dibedah siasat manakala pemandu kereta itu menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s