Seludup Rokok,! PPM Wilayah Dua Rampas 1,000 Karton Rokok Kretek, Rokok Putih

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-27 at 23.20.23

Pontian, 27 Ogos 2016 – Sejumlah 1,000 karton rokok kretek dan rokok putih dirampas di dalam sebuah van yang ditinggalkan di kawasan Pantai Pontian oleh sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, di sini, lewat petang semalam.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, rampasan tersebut dibuat selepas pihak polis membuat serbuan di kawasan itu, hasil maklumat awam dan risikan berkenaan aktiviti penyeludupan rokok.

“Pemeriksaan lanjut polis menemui 1,000 kartun rokok kretek dan rokok kretek pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM12,500.

“Anggaran keseluruhan rampasan termasuk sebuah van dan cukai berjumlah RM105,130,” terang beliau lagi.

Kesemua karton rokok dan van berkenaan dibawa ke Markas Operasi PPM Wilayah Dua untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s