1MDB,! Rakyat Semakin Muak Dengan Auta Pembangkang

Posted on

MUHYIDDIN-1MDBBB

RAKYAT semakin muak dengan politik kotor dan tindakan putar belit fakta oleh puak pembangkang berkenaan isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), terutama oleh pihak pro mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, justeru menolak semua bentuk protes jalanan termasuk himpunan haram #TangkapMO1 yang dianjurkan oleh mahasiswa baru-baru ini.

Difahamkan, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Stadium Ketereh, Kelantan Jumaat lepas telah mengeluarkan auta terbaru dengan memutar belitkan lagi cerita berkaitan 1MDB dengan tuduhan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyalahgunakan dana syarikat berkenaan.

Muhyiddin yang juga merupakan Presiden parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) dalam program itu mencipta angka baru pula iaitu RM14 bilion dikatakan hilang berbanding angka lebih RM40 bilion yang hilang.

Dalam pada itu, demo haram #TangkapMO1 yang dianjurkan oleh mahasiswa di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu yang gagal menarik penyertaan rakyat jelas membuktikan bahawa rakyat di Malaysia semakin menolak pendekatan pembangkang ini malah hanya menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan orang lain.

Kegagalan kumpulan anti-Najib ini adalah hasil kejayaan kerajaan yang melaksanakan program memberikan penerangan dan penjelasan kepada rakyat berhubung isu yang dicipta oleh Dr Mahathir dan kumpulannya yang hanya berniat mahu menjatuhkan Najib dan menggulingkan Barisan Nasional (BN).

Ia turut memberikan kesan positif kepada parti apabila pengaruh dan sokongan kepada BN semakin kukuh.

BN berjaya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dengan majoriti lebih besar dan menang Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar.

Momentum itu turut membuatkan keadaan di dalam negara terus stabil dan harmoni biarpun kumpulan itu terus lagi membuat dakwaan tidak berasas dan mereka-reka cerita terhadap Najib dan 1MDB.

Langkah Najib mengambil tindakan proaktif menjalankan siasatan terperinci melibatkan agensi dalam negara yang layak berjaya melenyapkan persepsi buruk rakyat dalam isu ini sekaligus ia berjaya melalu proses pemulihan dari kerosakan yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Kini, proses kumpulan itu yang mahu menubuhkan parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) nampaknya juga menghadapi masalah besar dengan banyak penyokong kuat mereka sebelum ini enggan menyertai parti itu yang dipimpin oleh Muhyiddin selaku Presiden.

Kerajaan BN kekal kukuh biarpun ada usaha jahat kumpulan tertentu untuk menjatuhkan pemimpin dan parti BN memastikan Malaysia terus harmoni dan stabil.
– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s