Demo Haram,! ​Khalid Ismath Sekolahkan Mahasiswa Demo Jangan Jadi Keldai Politik Pembangkang

Posted on

wp-1472395314119

Berikut adalah teguran Khalid Ismath, dulu mahasiswa yang amat kuat berdemo untuk pembangkang. Terlibat dalam demo Bersih 2 dan Bersih 3.

Entahlah mungkin hari ini, pelajar ini sudah insaf jadi keldai pembangkang atau tidak sanggup jadi keldai pada Mahathir dan angkatan pembangkang barunya.

“Catatan Pemerhatian Saya Pada Himpunan Tangkap MO1 anjuran Mahasiswa”. – Khalid Ismath

Saya serik melihat rakan seperjuangan saya zaman saya didalam Solidariti Mahasiswa Malaysia yang menjadi broker dalam senyap mengheret adik-adik dalam gerakan menjadi tali barut politik ketika zaman mahasiswa.

Mahasiswa adalah mahasiswa. Kita boleh pilih apa parti politik yang kita mahu tetapi jangan mempergunakan gerakan mahasiswa sebagai keldai parti.

Saya tidak menghalang usaha-usaha parti politik untuk menubuhkan biro mahasiswa dalam parti mereka, tetapi hendaklah perjuangan mahasiswa itu bebas tanpa tekanan dan pengaruh parti yang terdesak sebagaimana yang pernah terjadi di zaman saya dan selepas zaman saya sebelum zaman Anis Syafiqah.

Kita telah menyaksikan betapa kotornya gerakan mahasiswa apabila ada yang sanggup merempuh pagar universiti untuk ahli politik yang tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampus. Saya sokong segala agenda kebebasan akademik.

Namun, apabila mahasiswa lebih sanggup menggadaikan masa depan untuk memperjuangkan seseorang ahli politik yang sangat kaya dan bukannya untuk kepentingan rakyat marhaen, maka inilah yang kita panggil gerakan mahasiswa telah dikotori dengan anasir politik.

Apa yang saya saksikan dalam perhimpunan tangkap MO1 tadi, saya kagum dengan kerjasama gerakan mahasiswa dengan rakyat, NGO serta parti politik. Saya puji ada parti politik yang hantar petugas untuk menjaga keselamatan perhimpunan dan lalulintas.

Ada juga junior saya dalam gerakan dulu kini didalam AMK yang menjadi petugas dalam skuad AMK menjaga lalulintas dan keselamatan peserta tadi. Ada juga junior saya dari fakulti undang-undang yang sangat ramai turun hari ini menjadi petugas kumpulan peguam dan pemerhati. Inilah kerjasama gerakan mahasiswa dengan rakyat yang sihat dan telus serta bermaruah.

Namun saya jadi kelam pemikiran sebentar apabila himpunan di Sogo membawa naik beberapa YB dari DAP dan PKR untuk berucap di atas pentas yang sepatutnya dikelolakan mahasiswa? Saya ucap tahniah pada AMANAH, BERSATU dan PSM yang menghormati gerakan mahasiswa dalam himpunan ini.

Saya tak pasti apa nama YB muda DAP dan PKR itu yang tergila-gilakan sangat untuk naik ke pentas dan digila-gilakan sangat oleh penganjur untuk berikan dia mic untuk berucap.

Apabila berjalan, saya melihat segala arahan, perjalanan dan aturan himpunan serta pergerakan bukan dikepalai mahasiswa pun. Mahasiswa hanya memegang hailer dan mic.

Saya lihat Hishamudin Rais dan kawan-kawan politiknya yang mengarahkan mahasiswa itu dan ini serta memilih siapa YB yang akan naik atas trak untuk berucap. Mengapa mahasiswa tidak diberi kuasa penuh untuk membuat keputusan?

Sampai bila mahasiswa perlu bergantung dengan parti politik dan ahli politik? Sampai bila mahasiswa perlu menjadi anak susuan mereka-mereka ini sehingga tidak dapat berdikari untuk memimpin demo seperti ini?

Zaman Adam, zaman Hishamudin, zaman saya, zaman Safwan dan zaman siapa-siapa pun yang telah tua daripada gerakan mahasiswa telah tamat.

Mereka tidak perlukan “tetek” kita untuk memimpin demo. Mereka perlu mengepalai demontrasi ini dengan gaya mereka, pemikiran mereka dan zaman mereka. Jangan biarkan masyarakat hilang kepercayaan kepada gerakan mahasiswa.

Rakyat makin bijak menilai dan rakyat makin ramai yang tidak mahu turun berhimpun kerana bencikan parti politik pembangkang yang sering membosankan mereka dalam tindakan.

Saya ucap jutaan tahniah kepada penganjur kerana ada sifat berani. Saya ucapkan tahniah juga kerana anda berjaya menghimpunkan seribu orang (angka dari Malaysiakini selaku media mesra pembangkang) untuk berarak ke Dataran Merdeka.

Cuma, anda tidak perlu mengikut telunjuk ahli politik (termasuk dari BERSIH) kerana mereka hanya berniat mempergunakan gerakan anda untuk misi dana dan politik mereka semata-mata.

Bila anda kena tahan nanti, kena dakwa, belum tentu mereka nak jamin anda keluar. (ini pengalaman ketika zaman mahasiswa kami). Oma Mohamad diikat jamin tanpa satu sen pun duit dari BERSIH walaupun Ambiga beriya-iya kata duit BERSIH ada ratus ribu ketika itu masa kutipan dana BERSIH.

Kami mahasiswa yang kutip duit dari tabung gerakan mahasiswa masing-masing dan gabung dengan duit dari team occupy oleh Fahmi Reza.

Saya juga kini merupakan orang politik. Saya tegah diri saya daripada mengkeldaikan mahasiswa. Saya lebih suka lihat adik-adik mahasiswa berjuang dengan idea dan gaya mereka dizaman mereka. Rakyat memerlukan anak muda yang punya idea dan keberanian untuk berada di tengah-tengah masyarakat.

Mahasiswa mampu berfikir sendiri, mampu merancang sendiri dan segala kerjasama dengan parti politik adalah dibenarkan tetapi bukan dengan menjadikan mereka sebagai orang yang menarik tali di leher kamu.

Berhati-hatilah dengan pelbagai orang dan kumpulan yang cuba menarik kamu perlahan-lahan untuk menjadikan kamu orang yang sentiasa mengikut arahan.

Beranilah dalam membuat segala keputusan dan berbeza pendapat dengan so called “orang lama” dalam gerakan.
– Khalid Ismath

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s