Demo Haram,! ‘Pembangkang Jadikan Mahasiswa Keldai Politik’ #TangkapMO1

Posted on

41472292342_AnisSyafiqah

KUALA LUMPUR: Pembangkang menjadikan mahasiswa keldai politik apabila menghasut golongan itu untuk menyertai himpunan Protes ‘Tangkap Malaysian Official 1’ (#TangkapMO1) di sekitar ibu negara pada Sabtu.

Pengerusi Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, pembangkang juga menjadikan mahasiswa benteng melindungi kesalahan mereka membuat huru-hara di tengah bandaraya.

“Saya menghormati idealisma orang muda tetapi harus berprinsip serta berfakta.

Orang muda harus matang dan bijak dalam perjuangan hala tuju negara ke arah mencapai negara maju tidak lama lagi.

“Tetapi berdasarkan himpunan yang sepatutnya himpunan mahasiswa akhirnya sekali lagi menjadi pentas politik pembangkang untuk meraih sokongan. Sekali lagi pemimpin pembangkang mengunakan gerakan mahasiswa sebagai keldai politik mereka.

“Sepatutnya ucapan-ucapan harus daripada mahasiswa, tetapi akhirnya mahasiswa sekadar tukang sorak, tukang pegang pembesar suara, tukang pemegang mikrofon dan tukang pegang sepanduk buat pembangkang,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Pada Sabtu, perhimpunan yang dianjurkan kumpulan aktivis Gerakan Anak Muda ini diadakan di sekitar ibu negara termasuk di hadapan pusat beli belah Sogo dan Masjid Negara.

41472293086_freesize

Peserta kemudian mula berarak ke Dataran Merdeka sambil membawa plakad tanda protes.

Dalam pada itu tegas Armand, kebanyakan ucapan juga diberi oleh pemimpin pembangkang sekali gus lari dari hasrat mahasiswa sendiri untuk berhimpun.

“Boleh dinilai ucapan yang diketuai oleh Hishamuddin Rais, terut dikuti siri ucapan pemimpin pakar mengkeldaikan mahasiswa seperti Khalid Samad, Nik Nazmi, Rozan, Marina Chin, Tian Chua dan beberapa lagi.

“Mereka inilah penghasut yang selalu memusnahkan masa hadapan anak muda yang terpedaya dengan mereka. Berapa ramai anak muda yang dibuang dari universiti kerana kerakusan politik penghasut anak muda ini,” jelasnya.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tanda mendesak identiti ‘MO1’, yang dinyatakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, didedahkan dan dibawa ke muka pengadilan.

Dalam pada itu Armand, menasihati anak-anak muda untuk sentiasa berfikir secara matang dan profesional bagi menilai mana yang baik atau sebaliknya untuk mereka.

“Anak-anak muda bakal pewaris kepimpinan negara. Kita bantu bina negara ke arah negara maju bukan menghancurkan masa hadapan negara kerana kepentingan penghasut politik yang sering mengkeldaikan anak muda,” katanya.

– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s