Demo Haram,! Polis Akan Panggil Penganjur

Posted on

41472297602_ProtestTangkap

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil penganjur perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara semalam bagi membantu siasatan kerana tetap menganjurkannya walaupun tidak mendapat kebenaran polis.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata mereka yang menganjur perhimpunan itu telah melanggar undang-undang dan akan disiasat menurut Seksyen 4, Akta Perhimpunan Aman.

“Pihak polis telah maklumkan dari awal lagi bahawa kalau hendak menganjurkan apa-apa sahaja perhimpunan, pertama sekali penganjur mesti mendapatkan kebenaran daripada polis kerana ia membabitkan aspek ketenteraman awam.

“Memang mereka hantar (permohonan) bagaimanapun ia ditolak ekoran tidak memenuhi syarat antaranya gagal mengemukakan surat kebenaran daripada tuan punya tempat perhimpunan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara, di sini hari ini.

Perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara semalam, hambar dan tidak mendapat sambutan dan hanya disertai kira-kira 1,500 orang.
Sementara itu, Noor Rashid berkata semua pihak yang ingin mengadakan perhimpunan perlu mematuhi undang-undang negara bagi memastikan mereka tidak dikenakan tindakan.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s