Demo Haram,! Tindakan Tegas Terhadap Pelajar Tajaan MARA Jika Terlibat

Posted on

8390aa5ce8e50f32cee2f668a00694aa_L

Majlis Amarah Rakyat (MARA) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelajar tajaannya jika mendapati mereka terlibat dengan perhimpunan anti kerajaan yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian namun menejlaskan pihaknya masih tidak menerima sebarang laporan berkenaan perkara terbabit.

“Mana-mana pelajar tajaan MARA yang menyertai perhimpunan haram kami akan ambil tindakan,” katanya selepas menghadiri program ‘Moh Ngeteh’ Hari Kebangsaan kementeriannya di Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Isnin.

Ismail Sabri berkata, program Moh Ngeteh, atau ‘mari minum teh’, adalah untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dalam kalangan lebih 500,000 warga kementerian itu termasuk jabatan dan agensi serta organisasi di bawahnya seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di seluruh negara.

Beliau berkata, program itu, yang diadakan serentak di seluruh negara hari ini, turut melibatkan 40 Pusat Transformasi Luar Bandar dan pelajar tajaan Mara di luar negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s