DOJ,! Satu Dakwaan Ketidakadilan Terhadap Malaysia

Posted on

64cc39b77ed73850331f330b81fb3b3f_L

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dilihat tidak berlaku adil terhadap dakwaan yang dilemparkan kepada Malaysia berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, sehingga ke hari ini DOJ masih belum menjelaskan kesahihan dakwaan mereka yang menjelaskan akan memanggil individu berkaitan 1MDB 22 Ogos lalu.

“Isu 1MDB digemburkan dengan lebih dasyat lagi apabila ada pihak yang ‘menangguk di air keruh’ hanya untuk mengambil kesempatan. Bahkan juga, media asing turut menghentam kita secara terang-terangan.

“Kita tidak seperti negara lain di mana rakyatnya akan sedaya upaya menangkis tohmahan luar setidaknya mendesak pihak kedutaan untuk memberi penjelasan.

“Jika dakwaan yang dikeluarkan oleh DOJ adalah boleh diguna pakai, kenapa media seperti The Wall Street Journal (WSJ) dan Telegraph tidak pernah sesekali menggunakan sumber dari DOJ kononnya menggunakan sumber sendiri yang boleh dipercayai,” katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu,katanya kini timbul persoalan apakah DOJ tidak mempunyai sumber sahih yang boleh dipercayai.

“Segala dakwaan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh DOJ haruslah ada tindakan susulan, namun apa yang saya lihat, DOJ seolah-olah tidak serius mengenai hal ini.

“Kenyataan yang mereka keluarkan tidak bersifat profesional apabila mereka tidak menamakan kepada siapa aset yang ini dikembalikan. Sejujurnya saya boleh katakan ini adalah ketidakadilan DOJ dan hanya mahu membuli negara kita,” katanya.

Katanya lagi, harapanya agar rakyat Malaysia tidak bersekongkol dengan pihak asing yang sedaya upaya cuba mengambil kesempatan untuk mencampuri urusan dalaman negara kita.

“Ambillah iktibar kemerdekaan bersempena hari kemerdekaan yang ke -59. Porak peranda dan dakyah orang asing hanya mahu menjatuhkan negara kita yang sememangnya lebih makmur tanpa campur tangan asing,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Irmohizam turut menggesa agar golongan mahasiswa pada hari ini, sentiasa fokus dengan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa.

“Fokuslah terhadap masa depan kerana mereka ini adalah barisan pelapis yang akan menerajui negara. Fahamilah sejarah negara kita dengan baik, jangan lagi perjudikan nasib negara dengan menjemput orang asing yang sudah pastinya tidak rugi apa-apa jika negara kita musnah.

“Tanamkanlah sikap betanggungjawab terhadap negara dengan memahami, menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara Malaysia kita,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s