e-ICON World Contest,! MCKK Memenangi Best Innovation Award

Posted on

eicon-malaysia-650x488

e-ICON merupakan salah satu pertandingan inovasi e-pembelajaran peringkat dunia yang dianjurkan oleh kerajaan Korea Selatan, dan disertai oleh negara-negara komuniti APEC.

Pada tahun ini, ia turut telah disertai oleh beberapa wakil sekolah dari Malaysia, termasuk The Malay College Kuala Kangsar (MCKK), SMK Taman Seraya dan juga SMK Taman Tuanku Jaafar.

Pada tahun ini, ia telah berlangsung selama seminggu di antara 19-24 Ogos 2016, di HICO Gyeongju, Korea Selatan.

Dalam cabaran ini, pelajar akan diberi masa 3 hari untuk membangunkan satu aplikasi pintar untuk pendidikan. Pasukan daripada MCKK memilih untuk membangunkan satu aplikasi pembelajaran unik dimana penekanan diberikan kepada aspek Convergence Education.

Setelah 48 jam pembangunan, lebih 400 skrip aturcara ditulis dengan 8 peranti untuk pembangunan dan ujian akhirnya produk prototaip dinilai oleh 6 juri berkaliber dari Korea Selatan.

Pasukan MCKK yang terdiri daripada 2 orang pelajar dan seorang guru telah berjaya memperolehi anugerah istimewa Best Innovation Award atas produk yang dihasilkan.

eiconmckk002-650x365

Anugerah ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar di Malaysia mempunyai tahap kreativiti yang tinggi serta inovatif. Saya telah memulakan program pengaturcaraan di MCKK sejak April 2016 dan nampaknya, ianya telah memberi kesan yang amat positif kepada perkembangan pelajar.

Kejayaan ini amat bermakna kerana ianya seiring dengan pengenalan Asas Sains Komputer untuk pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Malaysia mulai 2017.

Bayangkan modal insan yang bakal dilahirkan jika asas pengaturcaraan diajar di awal persekolahan. Malaysia mungkin akan memiliki John Hanke setelah 5 tahun, atau mungkin cepat dari itu.
– Mohd Razif Abdul Razak, Cikgu MCKK

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s