Jerebu Dijangka Tidak Seteruk Tahun 2015

Posted on

61443879586_950x600

PUTRAJAYA: Fenomena jerebu kali ini dijangka tidak seteruk tahun 2015, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut beliau, kebarangkalian itu mengambil kira taburan hujan di Sumatera dan tindakan proaktif pihak Indonesia dalam menangani jerebu kali ini.

“Antara lain, beberapa faktor juga dilihat seperti berakhirnya fenomena El Nino dan tiada laporan berlakunya taufan di Laut China Selatan setakat ini, sedikit sebanyak membantu mengurangkan jerebu.

“Dalam masa yang sama, kita lihat ada tindakan segera pihak berkuasa Indonesia ke atas masalah ini serta kajian ke atas beberapa cadangan dalam perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP).

“Dengan keadaan sedemikian, kita membuat rumusan, kebarangkalian jerebu kali ini tidak seteruk tahun 2015,” katanya.

Mengulas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang ketika ini berada pada tahap tidak sihat di Pasir Gudang (104), kata beliau, bacaan tersebut tinggi kerana bercampur dengan bacaan ozon.

Dalam pada itu, beliau berkata, kabinet akan berbincang untuk membawa dua paparan bacaan IPU kepada orang awam, iaitu bacaan IPU dalam masa 24 jam dan bacaan IPU dalam masa sebenar (real time).

“Kita dalam perancangan memperkenalkan dua bacaan ini tetapi perbincangan dengan jemaah menteri akan dilakukan terlebih dahulu, dan pengumuman mengenainya akan saya maklumkan sekitar awal bulan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu Dan Cuaca Kering Kebangsaan Bilangan 2 pada Isnin.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s