Kenapa Zahid Hamidi Ditahan ISA Zaman Mahathir?

Posted on

zahid-hamidi-mahathir

Penahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa kerana kelantangannya memperjuangkan penghapusan kronisme, korupsi dan nepotisme.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau juga menerima nasib yang sama seperti Zahid apabila dipinggirkan daripada pentas politik tanah air, lapor Utusan Malaysia.

Turut terkena tempias yang sama ialah Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baru Datuk Abd. Aziz Sheik Fadzil serta beberapa exco Pemuda Umno.

“Ingat dulu kenapa (Tun) Mahathir marah sangat dengan Zahid sampai sanggup letakkan beliau dalam ISA? Sebab utamanya kerana Ahmad Zahid dan kami ketika itu timbulkan isu mengenai kronisme, korupsi dan nepotisme sehingga akhirnya ‘membayar’ dengan disingkirkan daripada kedudukan.

“Kami bersama dengan satu kumpulan dengan tekad menjalankan politik secara telus tetapi Aziz ke parit, saya hampir ke laut manakala Ahmad Zahid dikenakan ISA.

“Begitu pun kami tidak berputus asa kerana kalau kami tak teruskan, maka orang yang kami nak halang daripada melakukan kronisme, korupsi dan nepotisme itu akan terus berkuasa dan Alhamdulillah Ahmad Zahid kini menjadi Timbalan Perdana Menteri,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Pada September 1998, Zahid pada ketika itu merupakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan empat pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditahan ISA.

Beliau ditahan mengikut Seksyen 73 (1) (a) ISA kerana mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan negara.

Penahanan Zahid itu dibuat sehari selepas penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan, Ruslan Kassim Di bawah akta yang sama.
– Utusan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s