PM Najib Razak,! Pemimpin Yang Tidak Jemu Mendengar Suara Rakyat

Posted on

wp-1464711216473

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman membandingkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang beliau sifatkan sebagai pemimpin yang tidak jemu mendengar suara rakyat dan sentiasa prihatin terhadap pembangunan di negeri di bawah bayu itu.

Namun, ujar Musa lagi, Malaysia turut mempunyai pemimpin kaki gaduh yang hendaklah ditolak rakyat negeri tersebut dengan dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memerintah negara selama 22 tahun.

“Inilah pemimpin yang kita mahu, pemimpin prihatin dan banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat, bukannya (pemimpin) kaki gaduh,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian persidangan perwakilan Umno Zon 1 meliputi Kudat-Kota Marudu-Kota Belud-Tuaran di Kudat.

Tambah Musa, keprihatinan dan komitmen Najib terhadap Sabah tidak hanya terhenti kepada pembangunan semata-mata tetapi diteruskan dalam aspek pengiktirafan negeri itu termasuk Sarawak dalam persekutuan Malaysia, memetik laporan Umno Online.

Baru-baru ini, Najib Razak menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh kerana sikapnya yang sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak tanduk mereka.

“Ada pihak yang mengatakan Malaysia negara gagal, apatah lagi ini disebut oleh bekas pemimpin yang kita sanjung selama ini, saya dan Menteri Besar (Pahang), Datuk Seri Adnan Yaakob antara penyokong setia (pemimpin itu) selama 22 tahun.

“Kita pertahankan dia, tapi hari ini dia tergamak duduk sama dengan pembangkang. Kita semua faham orang yang kaki gaduh ini akan selalu cari gaduh.

“Pertama dengan (perdana menteri pertama) Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj) (dikatanya) tak betul, (perdana menteri ketiga) Tun Hussein Onn tak betul, (bekas timbalan perdana menteri) Tun Musa Hitam tak betul, (perdana menteri kelima) Tun Abdullah Ahmad Badawi tak betul dan terbaru Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar juga tidak betul,” kata Najib.

Mengulas lanjut, Musa berkata, sebelum ini hanya tarikh 31 Ogos disambut sebagai Hari Kebangsaan, namun bermula 2009 sejak Najib dilantik sebagai perdana menteri, kerajaan telah mengisytiharkan 16 Sept sebagai Hari Malaysia dan disambut secara rasmi besar-besaran.

16 Sept itu adalah tarikh keramat kerana Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta Singapura bersama-sama membentuk negara Malaysia, ujarnya.

“Keputusan itu membabitkan komitmen dan pengiktirafan signifikan terhadap kedudukan Sabah dan Sarawak dalam persekutuan Malaysia.

“Saya membangkitkan perkara ini kerana saya mahu rakyat Sabah khususnya anggota dan pemimpin Umno tidak sekali-kali melupakan siapa yang mendengar suara rakyat Sabah,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s