Selamatkan Malaysia,! Antara Kita Dan Nilai Perjuangan

Posted on

hut_kemerdekaan_malaysia_59_logo_by_imahkudesain-da72pr7

Tafsiran nilai perjuangan adalah terlalu terbuka dan subjektif pada hari ini. Jika dahulu, matlamat kita adalah satu yakni demi sebuah negara. Dewasa kini ada pihak melaungkan “Selamatkan Malaysia… Demi Rakyat… Demi Islam… Malaysia Untuk Semua”

Laungan demi laungan ini telah menyebabkan rakyat semakin keliru dan kusut. Apakah erti nilai Perjuangan yang dilaungkan, jika ekonomi kita semakin tidak stabil dek kerana pelabur semakin bimbang ekoran demostrasi, SelamatKAH Malaysia jika kita galakkan pengaruh asing mengauli politik dalam negara kita. Pejuang ISLAM sejati kah kita, bila hemburan kata-kata yang berbau sangat busuk dikeluarkan demi tarikan pengikut dan menjayakan matlamat kita. Betulkah Malaysia untul semua, jika dalam syarikat bangsa kita pun di diskriminasi bangsa Melayu dan yang lain.

Mengertilah, bahawa tafsiran nilai perjuangan yang dilaungkan adalah semata-mata demi sebuah perjuangan peribadi dan tuntutan kesumat diri. Yang menjadi KESAN adalah KEDAMAIAN yang sekian lama kita bina, tidak adakah sedikit pun rasa kesian kepada NUSA. Kesianilah kepada arwah nenek moyang kita, yang berjuang untuk tanahair ini.

Jika kita lihat secara bersama, tentang perkembangan tamadun dan negara yang lain, dan kita bandingkan dengan kita. Tidakkah kita merasa kagum, tanahair kita indek perkembangannya naik secara menegak. Negara yang maju memerlukan masa yang panjang untuk menjadi negara yang unggul dan dikenali. Sedangkan kita dalam tempoh 59 tahun sahaja, perkembangan tanahair dan rakyatnya semakin berilmu dan cemerlang. Beratus tahun Amerika Syarikat, Perancis, German dan lain-lain negara maju, mereka mengambil tempoh yang agak lama untuk dilihat seperti sekarang.

malaysia-01

Betullah kata-kata pujangga mengatakan “Meruntuh lebih senang daripada kita Membina negara”. Cukup kita memasang fitnah dan mengapi-api perasaan setiap masa. Membiarkan rakyat sentiasa merasakan kemarahan dan kebencian kepada pemerintah setiap masa, bagi mereka rakyat adalah senjata utama demi mencapai matlamat dan kepentingan peribadi mereka. Kumpulan orang muda adalah sasaran mereka, kerana kumpulan ini masih ditahap mencari dan memiliki semangat ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu.

Ramai juga rakan taulan ambo suatu ketika dahulu, terpengaruh dengan gerakan reformasi pada tahun 1998. Walaupun sudah diberi nasihat berkali-kali, namun mereka tetap teruskan, seolah-olah bagi rakan taulan ambo, gerakan reformasi itu adalah satu perjuangan. Pada hari ini, bila berjumpa balik dengan rakan taulan dahulu, barulah mereka faham nilai perjuangan yang sebenar. Mereka mengatakan kesalan kerana menyertai Gerakan Reformasi suatu ketika dahulu, satu kerja yang sia-sia. Begitulah, masa akan mengajar kita sesuatu yang kita lakukan sama ada betul atau salah.

Pesanan buat adik-adik, usahlah kita mudah dipengaruhi oleh mereka yang suka melaungkan slogan yang indah, pada hal mereka itu adalag petualang negara yang berbahaya. Nilai Perjuangan yang sebenar adalah adik-adik perlu fokus dan tumpu kepada pelajaran sehingga berjaya. Kejayaan adik-adik kecapi itu dapat mengangkat diri adik-adik, keluarga, Agama, Bangsa dan negara. Bila rakyat kita BERILMU DAN BERSATU PADU, pasti negara kita selamat, agama Islam kita terbela dan seluruh rakyat Malaysia hidup aman damai serta berjaya. ITULAH YANG HAKIKATNYA…

Salam Perjuangan
MOHD RIZDUAN IBRAHIN (Cikgu Wan)
Naib Ketua Pemuda UMNO Pasir Mas

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s