Kerajaan PKR & DAP Selangor Mansuhkan Diskaun Beli Rumah Untuk Bumiputera

Posted on Updated on

img-20160829-wa0021

BUMIPUTERA yang ingin membeli rumah pangsapuri di Selangor, tidak akan lagi menikmati diskaun susulan perlaksanaan garis panduan baharu yang dilaksanakan kerajaan negeri mulai 1 September ini.

Dalam garis panduan itu, potongan harga sebanyak 10% buat Bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO (rumah pejabat) dan Sovo (pejabat maya di rumah) akan dimansuh.

Bagaimanapun kuota 30% peruntukan rumah untuk Bumiputera masih dikekalkan seperti biasa.

“Kerajaan Selangor akan umumkan butiran terperinci semasa melaksanakan garis panduan ini pada 1 September depan,” katanya.

Exco DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang dipetik portal FMT mengatakan di bawah garis panduan baru, harga jualan pangsapuri perkhidmatan ditetapkan antara RM250,000 hingga RM270,000 seunit serta RM230,000 seunit bagi Soho dan Sovo.

Manakala kelayakan gaji pemohon pula dilapor dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM15,000 untuk satu isu rumah.

pangsapuri-460x300

Bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada golongan berpendapatan bawah RM10,000.

Teng berkata garis panduan baru ini akan memberi manfaat kepada semua pihak, termasuk kerajaan negeri, pemaju dan pembeli yang disifatkannya sebagai situasi “win-win”.

“Kami percaya semua pihak akan berpuas hati dengannya, termasuk kerajaan negeri, pembeli dan pemaju perumahan,” katanya.

Sehingga berita ini disiarkan, PAS selaku rakan kongsi dalam kerajaan Selangor masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai langkah terbaru Excp DAP ini.

Apa pendapat anda? Entah apa lagi yang tinggal untuk penduduk bumiputera di negeri yang ditadbir pembangkang ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s