Seleweng RM15 Juta,! Jeneral Bersara Beri Keterangan

Posted on

SPRM

PETALING JAYA: Seorang jeneral bersara yang juga pengerusi sebuah bank berkaitan kerajaan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes penyelewengan melibatkan dana RM15 juta.

Sumber memberitahu The Star bahawa lelaki berusia 65 tahun itu hadir di pejabat SPRM Kuala Lumpur sebelum dibawa ke pejabat SPRM Putrajaya.

“Dia disoal siasat pegawai SPRM di sana.

“SPRM akan memutuskan sama ada tangkapan perlu dilakukan,” kata jurucakap SPRM pada Isnin.

Terdahulu, The Star melaporkan individu kedua dari institusi kewangan itu dipanggil SPRM berhubung kontrak penerbitan buku bernilai jutaan ringgit dan projek menaik taraf sistem perbankan tersebut.

Pada Khamis lalu, pengarah urusan bank tersebut berusia 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes sama bersama empat yang lain.

SPRM turut menahan seorang lagi lelaki berusia dalam lingkungan 40-an pada Sabtu untuk membantu siasatan kes ini.

Ia membawa kepada penahanan enam suspek setakat ini.

Difahamkan kontrak bernilai RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan untuk menghasilkan sebuah biografi berkaitan seorang pemimpin negara.

Antara perjanjian itu adalah penerbit perlu mencetak kira-kira 20,000 salinan penerbitan itu tetapi jumlah yang dicetak jauh lebih rendah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s