Thailand Setuju Permintaan Malaysia Ekstradisi 10 Dalang Pemerdagangan Manusia

Posted on

d621c3daa5d1edef10da0c9c846dc4f7_L

Thailand bersetuju dengan permintaan Malaysia untuk mengekstradisi 10 warga Thailand yang dipercayai menjadi dalang kes pemerdagangan manusia di sempadan kedua-dua negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, 10 individu terbabit yang berusia lingkungan 35 hingga 60 tahun dikenal pasti turut terbabit dengan kes penemuan kubur besar di Wang Kelian, Perlis pada Mei tahun lalu dan mereka sangat dikehendaki pihak berkuasa Malaysia.

“Nama 10 individu ini sudah diberikan kepada pihak berkuasa Thailand ketika lawatan saya ke Bangkok awal bulan ini. Mereka perlu diekstradisi bagi membolehkan tindakan perundangan dikenakan terhadap mereka.

“Malaysia tidak mahu masyarakat antarabangsa memandang ia (kes pemerdagangan manusia) hanya dilakukan Malaysia tetapi ia sudah menjadi jenayah rentas sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan, Thailand pada Isnin.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan maklumat pihak berkuasa Thailand, sebahagian individu yang dikehendaki itu ada yang sudah ditahan, manakala sebahagian lagi masih bebas.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia turut memohon kerjasama pihak berkuasa Thailand untuk mengenal pasti rakyat mereka yang mempunyai dwi kewarganegaraan bagi mengelak timbul masalah berkaitan isu keselamatan.

“Saya sudah memohon kepada rakan sejawat saya untuk kenal pasti nama ini, mereka yang mempunyai kerakyatan Thailand dan Malaysia, bekalkan kita maklumat cap jari atau biometrik,” katanya.

– BH Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s