[Video] Wanita BN,! Mengedarkan Jalur Gemilang Semarakkan Hari Kemerdekaan

Posted on Updated on

14100357_1404692079547430_8102930028350099808_n

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) bersama rakan-rakan gabungan hari ini mengedarkan lebih 2500 jalur gemilang kepada orang ramai di KL Central.

Penolong Setiausaha Wanita BN, Datuk Noraini Ahmad berkata, program ini adalah bertujuan menggalak dan memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa negara bakal menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

Selain itu jelasnya, program yang disertai oleh parti-parti komponen seperti MIC, MCA, rakan-rakan BN seperti KIMMA dan Friends OF BN jelas menunjukkan bahawa negara ini sungguh harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.

14102734_1404692246214080_8269306431696188797_n

“Malaysia adalah sebuah negara yang harmoni untuk diduduki. Jadi janganlah kita rosakkan keharmonian yang ada ini. Lagi pula hari merdeka ini adalah hari untuk semua rakyat negara ini tanpa mengira berbezaan fahaman politik, agama bangsa dan negara.

“Hari ini juga dapat kita lihat dengan jelas, warga asing amat gembira apabila kita memberikan mereka bendera Malaysia, jadi ini harus dijadikan contoh agar kita juga berbesar hati dan bersemangat bagi meraikan hari kemerdekaan,” katanya kepada media selepas program pengagihan bendera.

Justeru itu beliau menyeru kepada rakyat agar sentiasa menjaga keharmonian negara ini dan jangan sesekali merosakkan apa yang telah dicapai sepanjang 59 tahun ini.
– MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s