Bangsa Johor,! Kenapa Sultan Johor Begitu Keras Terhadap Mahathir

Posted on

JOHORRR0001e_2x

Kenapa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar begitu keras terhadap Mahathir dalam isu Bangsa Johor?

Soalan itu mungkin bermain di minda kebanyakan orang selepas beliau meminta bekas perdana menteri tutup mulut daripada membuat kenyataan liar, selain menyifatkan Mahathir berkeliaran memecah belah rakyat.

Dalam wawancara dengan New Straits Times hari ini, beliau berdepan soalan sama: Kenapa tuanku begitu keras terhadap Mahathir?

“Sesiapa yang tidak tahu sejarah atau latar belakang isu tidak patut bercakap dengan pihak berkuasa (berkaitan isu itu).

“Seperti saya cakap sebelum ini, Bangsa Johor bukan ciptaan baru, dan tujuannya sentiasa untuk perpaduan, bukan perpecahan.

“Idea itu telah terbukti berjaya berkali-kali,” jawabnya.

Mahathir dalam satu forum berkata semangat kebangsaan Johor tidak sihat bagi Malaysia dan boleh membawa kepada keruntuhan persekutuan.

Sementara itu, ditanya sama ada parti politik baru pimpinan tokoh Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memecahbelahkan orang Melayu, Sultan Ibrahim menegaskan beliau tidak mencampuri urusan politik.

“Saya hanya mahu satukan semua bangsa Johor. Bukan sebaliknya. Itu saja yang boleh saya katakan,” katanya.

– BNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s