Presiden PAN,! Kedudukan Mat Sabu Bakal Terancam?

Posted on

mat-sabu-husam-musa

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dikatakan akan mengumumkan parti mana yang akan disertainya malam ini. Ramai yang telah meneka, sudah pasti Parti Amanah Negara (PAN) yang akan dipilihnya.

Bukan sesuatu yang mengejutkan jika Husam memilih PAN kerana beliau pernah menghadiri dan menyampaikan ucaptama dalam majlis anjuran PAN sebelum ini.

Namun timbul pula persoalan. Jika beliau menyertai PAN, adakah Husam akan dilantik sebagai presiden, maka apa akan jadi kepada presiden sedia ada, Mohamad Sabu?.

mat-sabu-mkiniTernyata kekalahan calon PAN pada dua pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah memberikan kesan apatah lagi selepas pembangkang kalah teruk pada pilihan raya negeri Sarawak kepada Barisan Nasional (BN).

Pastinya ramai yang akan melihat sama ada penyertaan Husam ke dalam PAN akan memberikan impak yang negatif atau positif dan jika Husam menyertai PAN, mampukah ia menggugat PAS ?

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini pernah menyatakan bahawa “undi Melayu sokong PAN pun peratusnya kecil sangat dan tidak menggugat PAS. Bahkan, menjadi bebanan kepada mereka (PAN).

Husam sebelum ini telah dirujuk kepada jawatankuasa disiplin dan tatatertib parti PAS setelah dituduh mengkritik PAS dan presiden Abdul Hadi.

Beliau kemudiannya dipecat daripada PAS pada 6 Mei lalu dan sejak itu Husam tidak mempunyai `parti’. Husam juga merupakan antara yang kalah pada pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015.

Advertisements

3 thoughts on “Presiden PAN,! Kedudukan Mat Sabu Bakal Terancam?

    […] Baca: Presiden PAN,! Kedudukan Mat Sabu Bakal Terancam? […]

    Like

    […] Baca: Presiden PAN,! Kedudukan Mat Sabu Bakal Terancam? […]

    Like

    […] Baca: Presiden PAN,! Kedudukan Mat Sabu Bakal Terancam? […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s