Pulau Pinang Diserang ‘Badut Banglo Guan Eng’

Posted on

BADUT-GUAN-ENG

KUALA LUMPUR – Negeri Pulau Pinang dikhabarkan diserang badut banglo, apabila di beberapa kawasan di negeri tersebut, wujud banyak poster-poster wajah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dibadutkan dengan perkataan tertera Badut Banglo di bawah gambar tersebut.

Meskipun kedengaran agak lucu, namun fenomena badut banglo ini dilaporkan mula disedari oleh rakyat di negeri itu apabila poster-poster gambar badut berwajah Ketua Menteri itu turut dilekatkan di tempat-tempat awam seperti di perhentian bas, di tiang-tiang lampau termasuklah di persimpangan jalan.

Menurut seorang penduduk tempatan, Yusri Ramli dari Kampung Sungai Burong berkata, beliau sudah perasan poster-poster bergambar badut itu ditampal di tempat-tempat awam kira-kira hampir sebulan yang lalu.

“Ini mungkin luahan perasaan rakyat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung isu rasuah banglo yang sedang dihadapinya. Mungkin gambar badut ini bermaksud sinis tentang jawapan berbelit-belit yang diberikan oleh Guan Eng ketika isu pembelian banglo itu terbongkar,” ujarnya kepada sebuah media tempatan, di Pulau Pinang hari ini.

Manakala seorang lagi penduduk yang berasal dari Jelutong, Jamelah Romzi, 47 pula berkata, pada awalnya beliau tidak begitu perasan bahawa gambar tersebut adalah wajah Ketua Menteri yang dilukis seperti badut.

“Sebelum ini akak dah ternampak banyak kali tapi akak tak ambil peduli. Tapi suatu hari, apabila akak menunggu bas di perhentian, ada poster-poster yang sama ditampal di sekitar kawasan itu, Tapi bila akak tengok dekat-dekat, gambar Ketua Menteri rupa-rupanya.

“Bila baca tulisan Badut Banglo, barulah saya faham poster ini seolah-olah satu ejekkan atau sindiran kepada Ketua Menteri tentang isu rasuah banglo baru-baru ini. Saya pun tak berapa ikut sangat cerita tentang kes itu, tapi tahulah sikit sebanyak bila kita tengok berita di televisyen,” jelasnya.

Bagi Muhd Alif Firdaus, 29, beliau memberitahu bahawa psoter ini sudah agak lama ditampal di sekitar kawasan bandar dan kawasan awam di sekitar Pulau Pinang.

“Mungkin ada pihak yang tidak puas hati dengan pentadbiran Ketua Menteri, terutama dalam kes rasuah banglo yang membabitkan beliau baru-baru ini. Ketika mula-mula dulu kecoh juga di kalangan rakan-rakan kami tentang poster ini.

“Bagi kami ini cerita politiklah. Kalau kita biasa buat pada orang lain, orang lain juga akan buat pada kita. Kalau kita biasa hina orang, orang juga satu hari nanti akan dihina orang juga. Macam sebelum ini, pembangkang suka buat gambar poster badut muka Perdana Menteri, tetapi apa yang mereka lakukan itu hari ini terjadi kepada mereka pula,” ujarnya sinis.

– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s