Rasuah,! Pengerusi Bank Direman Tujuh Hari

Posted on

Mahkamah

Pengerusi sebuah bank bergelar Tan Sri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung penyelewengan dana penerbitan buku biografi tokoh pemimpin negara direman tujuh hari bermula Selasa.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Sumber berkata, lelaki berusia 60 an itu tiba di perkarangan mahkamah jam 9.10 pagi ditemani pegawai SPRM.

“Kes akan di siasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,”katanya.

Lelaki itu ditahan semalam di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan berhubung kes itu.

Wang hampir RM1juta di dalam akaun bank Tan Sri itu dibekukan SPRM.

Tan Sri merupakan orang ketiga dari bank berkaitan kerajaan itu ditahan bagi kes yang sama.

Seorang pengarah urusan bergelar ‘Datuk’ ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s