[Video] Restorasi,! Migrasi Air Kelantan

Posted on Updated on

Kerja Kosong Air Kelantan Sdn Bhd (1)

Saya ikut serta rakan-rakan di Kelantan bersatu di bawah Gabungan Bertindak Restorasi Air Kelantan (RESTORASI) bagi memastikan Perjanjian Migrasi Air antara Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dapat memulihkan masalah air bersih di negeri ini.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan telah memberi pinjaman untuk aktiviti bekalan air berjumlah hampir RM800 juta kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Apabila termeterai perjanjian, ini hampir RM60 juta hutang ini akan dihapuskan manakala lebih RM600 juta hutang bersama aset-aset air di Kelantan pula akan diambil alih oleh PAAB (sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan).

Bahkan PAAB selepas ini akan membiayai infrastruktur perkhidmatan bekalan air di Kelantan manakala projek sumber air akan dibiayai Kerajaan Persekutuan menerusi geran dan tidak perlu bayaran balik.

Bagaimanapun, pengurusan bekalan air di Kelantan akan tetap dikendalikan AKSB, syarikat milik Kerajaan Negeri.

Bekalan air AKSB sebelum ini mengecewakan.

1. Indeks kekeruhan bagi air terawat di Malaysia adalah 2, tetapi indeks kekeruhan air AKSB adalah pada skala 9.
2. Rizab air minimum di Malaysia adalah 30% tetapi rizab air di Kelantan hanya 6%.
3. Tekanan minimum air ialah 80% tetapi tekanan air AKSB hanya 42%.
4. Purata peratus kehilangan air tidak berhasil (NRW) di bawah AKSB ialah 50% sedangkan purata di Malaysia hanya 35%.
5. Purata liputan bekalan air terawat di Malaysia ialah 75% tetapi liputan AKSB hanya 55%.

Selepas Migrasi, perbelanjaan modal projek-projek bekalan air di Kelantan disedia dan diseliakan PAAB. Tetapi peningkatan kualiti bekalan air menerusi baikpulih dan pembinaan infrasturktur baru adalah bergantung kepada pelan perniagaan yang disediakan AKSB.

RESTORASI berpendapat, masa hadapan dan harapan rakyat Kelantan menikmati perkhidmatan kualiti air lebih baik tetap bergantung kepada keupayaan pengendalian AKSB.

Air Karat

RESTORASI mengajak para sahabat, NGO-NGO, aktivis-aktivis, dan semua anak-anak Kelantan untuk bersama RESTORASI menyeru perubahan dibuat dalam pengurusan dan pengendalian aktiviti-aktiviti AKSB. Air bersih tidak berwarna, perjuangan memastikan kualiti air bersih juga seharusnya tidak bersandarkan kepada warna bendera atau kulit.

RESTORASI telah merancang beberapa aktiviti ke arah tujuan tersebut. Maklumat mengenainya akan disebarkan dari masa ke semasa.

Terima Kasih.

Syed Azidi
bagi pihak rakan-rakan dalam RESTORASI
30 Ogos 2016

Advertisements

2 thoughts on “[Video] Restorasi,! Migrasi Air Kelantan

    […] Baca: [Video] Restorasi,! Migrasi Air Kelantan […]

    Like

    […] Baca: [Video] Restorasi,! Migrasi Air Kelantan […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s