RM1 Bilion,! Muhyiddin Harus Buktikan Dakwaan Dalam Akaun PM

Posted on

Malaysian-Deputy-Prime-Minister-Ahmad-Zahid

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa supaya menunjukkan bukti berhubung dakwaan beliau kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadinya.

Gesaan tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, Zahid turut menyelar Muhyiddin kerana membuat kenyataan yang tidak berasas dan hanya bersandarkan kepada khabar angin.

“Minta dia berikan bukti jika dia ada. Dia menuduh perdana menteri kita, jadi dia mesti menunjukkan bukti.

“Jangan buat dakwaan berdasarkan khabar angin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan bahawa Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion sudahpun ada di dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri malah sebelum kontroversi yang dilaporkan secara meluas mengenai RM2.6 bilion.

Menurut laporan itu, Muhiyiddin berkata beliau difahamkan mengenai simpanan itu sebelum daripada sumbangan yang dikatakan daripada Arab, daripada bekas Peguam Negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s