Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 59 #SehatiSejiwa

Posted on

201507131349513855_MERDEKA

MERDEKA bukan sekadar kata-kata laungan. Definisi merdeka juga berbeza bagi mana-mana pihak.

Ada yang merdeka kerana tidak lagi dibelenggu masalah kehidupan, ada juga yang menganggap ia sebagai lambang kebebasan selepas sekian lama bertarung dengan hati dan perasaan.

“Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-59 esok, Kelantan News benar-benar berharap supaya keamanan dan kedamaian yang dinikmati sejak dahulu berjaya dikekalkan sampai bila-bila.”

“Semangat cintakan tanah air bukan sekadar dipupuk, sebaliknya sama-sama disemai dengan penuh kasih sayang.”

Bukan apa, setiap rasa kasih yang lahir di hati ketika kanak-kanak belum tentu jiwanya sama apabila menginjak dewasa.

“Apa yang penting, semangat perpaduan antara kaum adalah kunci utama kemakmuran dalam memacu kehidupan Malaysia yang lebih harmoni.”

“Jiwa patriotik seharusnya perlu disemai bukan sahaja apabila tibanya bulan Kemerdekaan tetapi rasa cinta pada negara perlu ditanam setiap hari sebagai seorang anak jati Malaysia.”

Ini negara kita. Ia milik kita. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan sayangkan Malaysia?

Barulah kita #SehatiSejiwa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s