[Video] Pemuda UMNO Rantau Panjang Dan Wayang Kulit

Posted on

Wayang 1

Pasir Mas: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang, Sdr. Akbar Salim telah menganjurkan persembahan wayang kulit di Kampung Chicha Tinggi selama 3 malam bermula 28hb hingga 30hb. Ogos 2016.

Persembahan wayang kulit atau hiburan rakyat ini adalah antara permainan tersohor rakyat pantai timur khususnya di negeri Kelantan sejak dari zaman dahulu lagi.

“Keunikan persembahannya berupaya menarik orang ramai samada golongan muda serta yang berusia untuk menyaksikannya.”

Persembahan wayang kulit ini mempunyai jalan cerita yang pelbagai dan ianya bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya penuh dengan teladannya yang tersendiri.

Wayang 2

“Sempena menyambut bulan kemerdekaan ke-59 kali ini, Akbar membawakan persembahan wayang kulit bagi memupuk semangat cintakan negara melalui penceritaan wayang kulit tersendiri, disamping mengeratkan silaturahim tanpa sempadan bangsa, agama dan politik.”

Wayang 3

Malam tadi, Kelantan News sempat hadir untuk menoton persembahan wayang kulit tersebut.

Kepada orang ramai khususnya rakyat Rantau Panjang yang belum sempat menyaksikan wayang kulit yang bermula malam semalam bolehlah hadir ke Kampung Chicha Tinggi pada malam esok, iaitu malam penutup 30hb. Ogos 2016.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s