Berbakti Kepada Tanah Air Tercinta #SehatiSejiwa

Posted on

malaysia-2

Kita selalu mendengar orang berkata: “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri”. Kadangkala disebut juga: “Hujan emas perak di negeri orang, hujan keris lembing di negeri kita, baik juga di negeri kita”.

Peribahasa Melayu ini menggambarkan walau bagaimana mewah, makmur dan indahnya negeri orang tempat kita merantau menuntut ilmu, berkelana mencari rezeki, tetap sekali kita akan kembali kepada tempat kita dilahirkan dan berpijak pada asalnya.

kuala-lumpur-1990
Bandaraya Kuala Lumpur tahun 1990

Peribahasa ini mempunyai persamaan dengan peribahasa Inggeris: “East or west, home is the best.” Kerana menjadi resam dunia, kemana kita melangkah berkelana mencari pengalaman hidup, asal usul dan akar budaya bangsa akan kekal dalam tubuh dan diri kita.

kuala-lumpur-2016
Bandaraya Kuala Lumpur sekarang

Takkan hilang dek kerana kenyamanan udara, keindahan tempat dan kemakmuran negeri lain, kerana tempat lahir kita adalah tempat yang paling layak untuk kita taburkan jasa, berbakti dan memberi sumbangan.
– Adi Azizudin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s