Kelemahan Pembangkang,! BN Tidak Perlu Pilihanraya Awal

Posted on

img_66da-06aa

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan parti komponen Barisan Nasional tidak perlu mengadakan pilihan raya awal hanya kerana pihak pembangkang sedang berdepan pelbagai cabaran.

Katanya, UMNO sebaliknya perlu memberi tumpuan dalam menyusun dan mengukuhkan jentera parti bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya tanpa bergantung kepada kelemahan pembangkang.

“Ada yang mencadangkan untuk mengadakan pilihan raya awal kerana melihat parti-parti lawan sangat lemah dengan masalah dalaman.

“Saya mempunyai pendapat yang sedikit berbeza. Saya berpandangan kita harus berperang apabila kita kuat dan bukannya bergantung kepada kelemahan musuh kita.

“Kalau kita masuk perang dengan hanya bergantung kepada kelemahan musuh, tidak tentu kita akan menang,” kata Khairy selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak 2016 di Cheras, pada Rabu

Sementara itu, Khary menggesa UMNO untuk memberi perhatian kepada penduduk bandar yang mengundi di kawasan luar bandar.

Ini kerana, mereka yang menetap di bandar dilihat mudah untuk mempengaruhi pengudi luar bandar yang sebelum ini menjadi kekuatan kepada UMNO.

“Kerusi luar bandar UMNO bukanlah jaminan jika kita hanya fokus kepada pengundi luar bandar. Kita juga perlu melihat pada pengundi luar bandar yang akan balik mengundi di kawasan luar bandar.

Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, dikawasan yang diwakilinya, sekitar 10 ke 20 peratus pengundi merupakan pengundi luar yang menetap di bandar.

Tambahnya, pengundi muda termasuk mahasiswa bukan sahaja mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keluarga malah rakan serta penduduk setempat.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s