Konsert 3 Suara Emas Malaya Di Istana Budaya

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-31 at 14.27.02

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam dan Ameng Spring bakal bergandingan di atas satu pentas dalam Konsert 3 Suara, di Istana Budaya pada 22 hingga 25 September ini.

Dibawakan oleh produksi Binjamal Event, gandingan tiga suara emas Malaya ini julung kalinya diadakan dan bakal mencipta sejarah tersendiri bagi ketiga-tiga penyanyi.

Selain menjanjikan kelainan dalam penyampaian lagu dan slot segmen santai, Konsert 3 Suara bakal menampilkan Jamilul Hayat, juga adik kepada Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah sebagai artis undangan.

“Hampir 20 tahun tidak membuat persembahan, saya sedikit gementar. Namun, saya gembira kerana diberi ruang dan kepercayaan untuk membuat persembahan,” kata Jamilul Hayat ketika ditemui pada sidang media baru-baru ini.

BERMULA DI SINI

Jamal turut memperjelaskan bagaimana konsert tersebut didedikasikan pada Pengasih, sebagai tanda penghargaan dalam membantu bekas penagih untuk pulih dan meneruskan kehidupan baharu.

Pada sidang media yang turut dihadiri Pengasas dan Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi, Jamal mengumumkan sebahagian kutipan tiket akan disumbangkan kepada Pengasih, selain slot istimewa untuk badan itu pada 22 Sept.

WhatsApp Image 2016-08-31 at 14.27.55

Jamal yang enggan mendedahkan jumlah sumbangan yang dijanjikan, berkata, “Secara ringkasnya, konsert ini bermula di sini, di Pengasih. Kerana Pengasih, saya mampu atasi kesalahan silam, dan ada di sini hari ini.

Menjawab soalan media, Ameng Spring berkata, “Konsert ini akan menjadi penentu ke mana arah tuju kerjaya saya dalm industri.” Zamani yang kelihatan ceria turut menyatakan debaran berkongsi pentas dengan idola beliau, Jamal, bagaimanapun menyatakan tidak sabar untuk membuat persembahan yang diarah oleh Raja Sham sebagai Pengarah Muzik.

Tiket boleh didapati dengan harga RM108, RM158, RM258, RM358 dan RM458 di http://www.ilassotickets.com atau hubungi 03-21706333.

–BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s