PAS Tidak Terjejas Husam Sertai ‘Parti Mat Sabu’

Posted on

husam_musa_amanah_3108_620_413_100

Penyertaan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam Parti Amanah Negara (PAN) tidak menjejaskan PAS, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan PAN terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu malam tadi.

“Nak tahu kuat ke, tak kuat ke, tunggu pilihan raya (umum) nantilah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kebangsaan 2016 di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh di sini, hari ini.

Baca: Bekas Naib Presiden PAS Sah Menyertai Parti Mat Sabu

Baca: Bekas Ahli PAS,! Husam Akan Umumkan Parti Pilihannya Dalam Majlis Amanah

Baca: Presiden PAN,! Kedudukan Mat Sabu Bakal Terancam?

Husam, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor mengumumkan menyertai PAN pada satu majlis makan malam di Cyberjaya malam tadi.

Beliau dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-UMNO.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu sedia berdepan dengan mana-mana parti termasuklah PAN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata keputusan Husam untuk menyertai PAN adalah pilihannya sendiri selepas dibuang daripada PAS sebelum ini.
– Bicara News

Advertisements

One thought on “PAS Tidak Terjejas Husam Sertai ‘Parti Mat Sabu’

    […] Baca: PAS Tidak Terjejas Husam Sertai ‘Parti Mat Sabu’ […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s