#SehatiSejiwa Tolak Campur Tangan Asing

Posted on

merdeka-tunku1

MEMASUKI detik 59 tahun ulang tahun kemerdekaan negara, apa yang tersemat dalam diri hanya satu – bersyukur dengan kenikmatan yang dikecapi. Usia 59 tahun kemerdekaan negara bukanlah lama. Kalau hendak dibandingkan dengan kuasa-kuasa besar – tempoh Malaysia merdeka baru peringkat `bertatih’.

Kita bernasib baik mendapat pemimpin-pemimpin yang bijaksana dalam mentadbir negara ini dalam perjuangan merebut kemerdekaan. Hidup di bawah penjajahan samalah macam melukut di tepi gantang. Masuk tak penuh keluar tak luak, duduk tak sama rendah, berdiri tak sama tinggi.

Bagi mereka yang umurnya 50 tahun hari ini, mungkin tidak berapa ingat lagi peristiwa-peristiwa penting yang berlaku. Lebih-lebih lagi anak muda yang dilahirkan dalam suasana menyedut udara merdeka, setelah kedaulatan negara kembali berada di atas paksinya.

Ketika Pemuda UMNO mencadangkan slogan Hidup Melayu ditukar kepada Merdeka dalam tahun 1951, bukan sahaja sindiran dilemparkan malah ejekan dan penghinaan diterima oleh UMNO daripada pembesar-pembesar Melayu sendiri.

Ada pihak berpendapat bagaimana mahu merdeka sedangkan ‘buat sebatang jarum pun tak tahu’.

Suatu ketika semasa menentang Malayan Union pada 1946, pejabat penerangan kerajaan Inggeris menampal poster di kampung-kampung dengan gambar seorang Haji memakai serban memegang tali teraju layang-layang berbentuk kubung (sejenis binatang seakan-akan kelawar atau keluang). Tangan kanan Haji itu memegang teraju yang ditulis dengan perkataan huruf besar ‘siapa pegang teraju’.

201507131349513855_MERDEKA

Itu sindiran yang amat tajam orang Melayu tidak layak memegang teraju. Ertinya tidak ada rupa orang Melayu hendak menentang Malayan Union dan kerajaan Inggeris yang gagah perkasa.

Demikianlah penghinaan kepada orang Melayu apabila digambarkan sebagai seorang Haji itu adalah orang Melayu memegang teraju layang-layang kubung, tetapi sebenarnya ialah Inggeris sendiri. Bagi jabatan propaganda itu, hanya Inggeris sahaja layak mentadbir negara ini.

Satu lagi kisah, detik wakil Pemuda UMNO Mohd. Tahir Majid menurunkan bendera Union Jack, dan Hamzah Alang menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Jalur Gemilang) pada 30 Ogos 1957 pukul 12 tengah malam di padang Kelab Selangor (sekarang Dataran Merdeka).

Sebelum itu dalam satu mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang diadakan di rumah ketuanya ketika itu Sardon Jubir, satu perutusan diterima daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaya, Sir Donald Mac Gillivary meminta supaya tidak diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack.

Alasan yang diberi oleh Mac Gillivary, kemerdekaan dicapai melalui setitik dakwat dan sehelai kertas bukan secara revolusi seperti berlaku di Indonesia yang menumpahkan darah serta mengorbankan nyawa. Justeru adalah wajar maruah penjajah dipelihara dengan mempertahankan bendera berkenaan.

Namun, Pemuda UMNO tetap tidak berganjak dengan keputusan mahu melakukan upacara simbolik menurunkan bendera Union Jack dengan tidak menghiraukan saranan Mac Gillivary.

Malayan Union telah menjadi satu hikmah kepada bangsa Melayu apabila mereka berada dalam keadaan perahu sudah terasak ke tebing, ikan sudah sesak ke belat. Ledak kebangkitan semangat ketika itu telah berjaya menyatupadukan orang Melayu.

Malaysia termasuklah orang Melayu tidak mampu berpecah lagi menjelang 31 Ogos ini. Syukurilah nikmat kemerdekaan yang ada. Tolak campur tangan asing.

Andai suatu ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak dengan keras campur tangan anasir asing, kotakanlah…kotakanlah sekarang ungkapan penegasan itu.

Sehati sejiwa kita rakyat Malaysia menolak campur tangan dalam detik mengingati kemerdekaan negara.
– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s