Tiga Belas Pelancong Seorang Pemandu Cedera, Bas Terbalik Di Lebuhraya KL-Karak

Posted on Updated on

WhatsApp Image 2016-08-31 at 20.56.18

KUALA LUMPUR: Tiga belas pelancong warga Singapura dan seorang pemandu bas persiaran cedera selepas bas berkenaan terbabit dalam kemalangan di Km31.3, Lebuh Raya KL-Karak, dekat Bukit Tinggi, kira-kira 4.17 petang tadi.

WhatsApp Image 2016-08-31 at 20.56.13

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor yang dihubungi Bernama berkata bas berkenaan dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari pusat peranginan Genting Highlands dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tembok dan terbalik.

WhatsApp Image 2016-08-31 at 20.56.20

“Sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4.20 petang.

“Semua mangsa yang cedera telah dibawa ke empat hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Bentong serta Hospital Selayang,” katanya.

51472643406_freesize

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kemalangan itu menyebabkan kesesakan sepanjang sembilan kilometer.

“Kemalangan ini telah menghalang semua lorong utama, hanya lorong kecemasan sahaja dibuka. Usaha mengalihkan kenderaan (bas) sedang dilakukan,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s