[Video] DAP Takut Untuk Siasat Adun Sendiri Yang Terlibat Skandal Pembelian Rumah Murah

Posted on

rasuah

DAP Pulau Pinang tidak akan membuka siasatan dalaman terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang Lim Siew Khim berhubung dakwaan mengaitkan bapanya dengan amalan rasuah dalam satu kes mendapatkan rumah kos rendah oleh seorang pembeli.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata perkara ini tidak melibatkan Siew Khim, jadi tiada keperluan untuk membuka siasatan terhadapnya dan DAP tidak akan membuat sebarang siasatan dalaman yang tidak melibatkan anggota parti.

“Perkara ini menjadi isu (kerana) kebetulan orang yang terlibat ini merupakan ayah kepada seorang ADUN namun saya diberitahu ayah Siew Khim bukan seorang ahli DAP,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Padang Kota Lama George Town hari ini.

Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang Datuk Abd Aziz Aban telah mengesahkan SPRM telah memulakan penyiasatan terhadap urusan dikenali sebagai ‘rasuah untuk rumah’ bagi mendapatkan rumah mampu milik yang didakwa melibatkan bapa seorang ADUN Pulau Pinang.

Chow berkata beliau tidak menerima sebarang maklumat tentang siasatan SPRM namun bersedia bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan berhubung perkara tersebut.

Beliau juga menasihatkan semua mangsa-mangsa supaya membuat laporan polis jika ada cubaan untuk meminta wang bagi membantu mereka mendapatkan sebuah rumah kerajaan.

“Semua mangsa harus tampil untuk membuat laporan polis sekiranya perkara yang didakwa ini benar-benar berlaku supaya siasatan yang lanjut dapat dijalankan,” katanya.

Isu ini terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri.

Oh berkata isi kandungan perbualan dalam video itu menunjukkan ia dirakamkan tahun lepas dan bapa ADUN berkenaan dilihat bersama-sama seorang orang tengah sedang melayan aduan daripada seseorang yang dipercayai telah membuat pembayaran namun tidak mendapat rumah itu.
– Bicara News

Advertisements

One thought on “[Video] DAP Takut Untuk Siasat Adun Sendiri Yang Terlibat Skandal Pembelian Rumah Murah

    […] Baca: [Video] DAP Takut Untuk Siasat Adun Sendiri Yang Terlibat Skandal Pembelian Rumah Murah […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s