Buli Jalanan,! Lelaki Fitnah Nazir Mohon Maaf

Posted on

65ee000e6f764024d098aa2e08763e5b_L

Seorang lelaki yang mendakwa Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin memandu secara merbahaya sehingga mengancam nyawa keluarganya memohon maaf terhadap status yang dimuat naik di Facebooknya itu.

Nazir dalam satu kenyataan berkata, beliau bersyukur kerana fitnah yang dilontarkan terhadapnya itu sudah terjawab dan beliau berada di pihak yang benar.

“Akhirnya… individu yang telah memfitnah saya tempohari dan yang telah menjadi bahan diviralkan oleh pelbagai pihak, hari ini telah memohon maaf atas kesilapannya dan perkara ini saya anggap selesai.

“Saya bersyukur perkara ni tidak berpanjangan dan saya harap ini satu pengajaran bagi semua netizen agar tidak melulu dan terus mengambil tindakkan undang-undang ditangan sendiri.

“Saya mengambil pendekatan bermaaf-maafan dan berjiwa besar walaupun saya dimaki hamun, dicerca dengan seteruk-teruknya, namun semuanya itu satu ujian dalam menempuh jalan yang dipilih,” katanya.

Tambah Nazir lagi, beliau turut memaafkan mereka yang mengkritik beliau sekeluarga rentetan daripada fitnah itu.

Seorang pemilik akaun Facebook sebelum ini mendakwa sedang memandu di Lebuhraya Lingkaran Tengah II (MRR2) bersama keluarga dan hampir terbabit kemalangan apabila kereta yang didakwa milik Nazir bertindak menghalang keretanya dan berlagak seperti pembuli jalanan.
– Rakyat Post

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s