Parti Mahathir,! Tidak Cukup Untuk Menarik Husam?

Posted on

Muhyiddin_parti_baharu

PASTINYA ramai yang sudah maklum mengenai berita bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang akhirnya menepati jangkaan ramai apabila mengumumkan menyertai Parti Amanah Negara (PAN). Pengumuman mengenainya dibuat oleh Husam sendiri dalam majlis khusus ‘makan malam ambang merdeka bersama Husam Musa’ anjuran PAN Putrajaya di Cyberjaya baru-baru ini.

“Saya berdiri di sini dengan nama Allah, bertawakal, saya serahkan diri pada perjuangan Amanah.

“Saya telah tandatangan borang permohonan (menyertai) Amanah,” Ahli Dewan Undangan (ADUN) Salor itu dipetik sebagai berkata.

Sememangnya menjadi hak mana-mana individu untuk masuk dan menyokong mana-mana parti politik. Tapi dari segi moral politiknya, keputusan Husam menyertai PAN kelmarin, sedikit-sebanyak menimbulkan persoalan, kenapa beliau tidak menyertai parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) Tun Dr Mahathir?

Baca: PAS Tidak Terjejas Husam Sertai ‘Parti Mat Sabu’

Baca: Bekas Naib Presiden PAS Sah Menyertai Parti Mat Sabu

Baca: Bekas Ahli PAS,! Husam Akan Umumkan Parti Pilihannya Dalam Majlis Amanah

Baca: Presiden PAN,! Kedudukan Mat Sabu Bakal Terancam?

Sesetengah pihak berpendapat dalam keadaan sekarang, Mahathir sudah tentu mahu lebih ramai wakil rakyat yang tidak berparti untuk menyertai partinya. Barulah nampak gah sikit. Ini setakat bekas ketua cawangan UMNO, bekas ahli UMNO dan beberapa ‘bekas-bekas’ lain yang tidak mempunyai pengaruh dalam parti itu, apa benda yang nak digahkan?

husam_musa_amanah_3108_620_413_100

Sekalipun parti itu (Pribumi) secara rasminya belum wujud kerana masih dalam proses pendaftaran tapi Husam boleh sahaja mengumumkan pendirian untuk menyertai parti baru itu bila sudah disahkan nanti kalau dia mahu. Bagaimanapun itu tidak terjadi dan PAN telah rasmi menjadi pilihannya.

Ada juga pihak yang agak terkejut dengan pengumuman Husam itu kerana pada mulanya Husam adalah seorang dari dua rakyat negara ini yang menyaman Riza Aziz serta beberapa yang lain di Amerika Syarikat – tak lama selepas DoJ memfailkan saman sivil ke atasnya serta 3 yang lain 20 Julai lepas.

Dengan tindakan itu, nampak macam beliau cenderung ke arah Mahathir tapi akhirnya dia masuk PAN juga, bukan menyatakan sokongan (dan kemudian menyertai) parti baru Mahathir seperti yang disangka kebanyakan orang.

Susulan daripada keputusan Husam menyertai PAN ini, parti Pribumi Mahathir nampaknya kekal dengan seorang bekas Perdana Menteri, seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas Menteri Besar dan mungkin seorang bekas Menteri dari Sabah sebagai umpan untuk menarik sokongan masyarakat terhadap sebuah lagi parti Melayu bumiputera di negara kita.

Sebelum ini beberapa individu terkenal yang pada mulanya dikaitkan dengan parti itu seperti seorang bekas Menteri dari Perak dan bekas Ahli Parlimen BN dari Melaka, turut mengumum tidak mahu ada kaitan dengan parti tersebut. Bahkan seorang bekas Naib Ketua Bahagian UMNO yang kemudian menjadi orang kuat Mahathir sendiri, turut enggan menyertai parti yang diPresidenkan Muhyiddin itu.

Persoalannya sekarang, dengan semua bekas-bekas UMNO ini (tanpa tambahan tokoh berpengaruh yang lain) ini sahaja, mampukah parti Pribumi ini mencapai sasaran yang diletakkan Mahathir untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama orang Melayu dan Bumiputera di negara ini?

Walaupun kelihatannya perkara tersebut adalah mustahil untuk Pribumi buat masa ini, namun ia bukanlah alasan untuk sesiapa dalam UMNO bersenang-lenang.
– KLXPress

Advertisements

One thought on “Parti Mahathir,! Tidak Cukup Untuk Menarik Husam?

    […] Parti Mahathir,! Tidak Cukup Untuk Menarik Husam? […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s