[Video] 1MDB,! Memiliki Laporan Pengauditan Tanpa Kebenaran, Rafizi Diarah Bela Diri

Posted on

rafizi_mahkamah_2016

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk membela diri atas dua pertuduhan memiliki tanpa kebenaran dan mendedahkan satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mac lalu.

Hakim Zulqarnian Hassan berkata pihak pendakwa berjaya membuktikan dakwaan di bawah Seksyen 8(1)(c) dan 8(1)(e)(iii) Akta Rahsia Rasmi (OSA) atas kesalahan memiliki dan membocorkan laporan 1MDB.

“Bukti saksi mengesahkan dokumen sememangnya halaman 98 daripada laporan akhir 1MDB dan beliau (Rafizi) mendedahkannya pada sebuah sidang media,” katanya.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 27 September dan 6 Oktober.

Rafizi, yang juga Setiausaha Agung PKR pada 5 April lalu ditangkap di bangunan Parlimen, sebelum didakwa tiga hari kemudian memiliki tanpa kebenaran laporan audit 1MDB.

Beliau berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun sekiranya sabit kesalahan.
– KLXPress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s