Anggota ATM,! 1,600 Jaga Sempadan Malaysia-Thailand

Posted on Updated on

 

NSTP

PASIR MAS, 2 Sept – Pembinaan pagar dan tembok di sempadan Malaysia-Thailand penting bagi memperkasa kawalan sempadan daripada dibolosi militan Daesh dan menyekat aktiviti penyeludupan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pagar dan tembok di kawasan perbatasan akan ditambah dan setakat ini kawasan sempadan sepanjang 111 km di Perak, Perlis dan Kedah telah sedia dibina tembok dan pagar.

“Satu jawatankuasa akan dibentuk bagi mengenal pasti kawasan panas dengan mengambil kira kekangan faktor geografi seperti ketebalan hutan, kedalaman sungai dan faktor lain di kawasan sempadan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas di sini hari ini.

ATM1

Hishammuddin berkata cadangan pembinaan pagar dan tembok di sempadan tersebut akan melibatkan kerjasama kerajaan Thailand dan ia akan dibincang dengan lebih terperinci pada Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia-Thai (GBC MALTHAI) Ke-53 di Kuala Lumpur dijangka pada November ini.

“Antara perkara lain yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah rancangan meneruskan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Diraja Thailand di samping rancangan mengembangkan latihan bersama melibatkan negara Asean dan negara bersekutu, memfokuskan kepada operasi bantuan kemanusiaan dan bencana,” katanya.

Beliau seterusnya berkata penyeludupan, pemerdagangan manusia serta ancaman militan Daesh merupakan isu utama ketika ini yang dikaitkan dengan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand.

“Bagi memperkukuhkan kawalan dan menguasai kawasan bergunung-ganang dan berhutan di sempadan itu, Tentera Darat telah mengatur gerak kira-kira 1,600 anggota tentera di sepanjang 640km sempadan Malaysia-Thailand,” katanya.

Beliau berkata selain kerjasama dengan pelbagai negara lain, rakyat harus mempunyai kesedaran tinggi terhadap ancaman militan dan perlu bersama pihak berkuasa menangani ancaman kumpulan itu.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan akan meneruskan pembinaan dan penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kelantan.

 

ATM2

Hishammuddin berkata ketika ini pihaknya sedang membina 384 unit RKAT kelas G iaitu blok yang menempatkan anggota lain-lain pangkat di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu melibatkan kos RM98 juta dan dijangka siap akhir tahun depan.

Kementerian juga bercadang membina 151 unit RKAT dengan kos RM67.5 juta di Kem Batu Melintang dan Kem Tumbi di Jeli yang bermula April tahun depan dan dijangka siap pada 2022, kata Hishammuddin.

Bagi projek penyelenggaraan bangunan sedia ada, beliau berkata kementerian memperuntukkan RM1 juta untuk menyelenggara kem kawasan Briged Kelapan Infantri di Kelantan dan Terengganu.

Beliau turut ditanya mengenai balu Allahyarham Kapten Husman Hussin, anggota Tentera Darat yang meninggal dunia akibat dihanyut banjir dalam kejadian di Missouri, Amerika Syarikat tahun lepas, yang mendakwa terkilan nasibnya dan anak-anak tidak terbela selepas kematian suaminya.

Hishammuddin berkata kementerian dan juga ATM telah menyempurnakan semua hak yang sepatutnya diterima oleh keluarga berkenaan.

“Ini satu kes yang saya pantau sendiri, semua perkara yang menjadi hak kepada balu berkenaan (Siti Hazwani Ahmad) telah disempurnakan seperti pendahuluan gaji, insurans berkelompok, ganjaran pencen, faedah ganti cuti rehat…jumlah keseluruhan RM274,542 telah disampaikan kepada balu berkenaan. Selain itu, pencen terbitan bulanan RM916 sedang berjalan,” katanya.

Beliau berkata kementerian dan juga pihak lain boleh membantu sekiranya terdapat keperluan lain yang diperlukan keluarga itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s