Bayaran Tertunggak,! ATM Nafi Dakwaan Balu Kapten

Posted on

d24f41dbfda2b68df8b2911f7ac444c1_L

Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memberikan jumlah yang sewajarnya kepada balu Allahyarham Kapten Hasman Hussin yang meninggal dunia tahun lalu ekoran dihanyutkan banjir di Missouri, Amerika Syarikat.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussien, ATM telah menjelaskan bayaran berdasarkan syarat perkhidmatan anggota tentera berkenaan selama lapan tahun.

“Sejak awal tahun lalu, jumlah yang telah diterima oleh Pn Hazwani ialah sebanyak RM274,542.49. Ini termasuklah pendahuluan gaji, insurans kelompok, ganjaran dan tunggakan pencen serta Faedah Ganti Cuti Rehat (FGCR).

“Selain itu, beliau turut menerima bayaran RM916.75 setiap bulan(pencen terbitan bulanan),” jelas Hishamuddin melalui satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bayaran tersebut telah diberikan kepada balu arwah, Hazwani Ahmad.

Semalam, Hazwani melalui catatan Facebooknya mendakwa pihak ATM dan juga menteri gagal dalam melunaskan janji untuk membuat bayaran terhadap keluarga arwah.

Malah, dia turut mendakwa bayaran tidak dapat dilunaskan atas alasan kematian suaminya adalah disebabkan kecuaian diri sendiri.

Susulan daripada dakwaan itu, Hismuddin tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar dan menambah bahawa kerajaan sedia untuk memberi bantuan tambahan terhadap keluarga Allahyarham Kapten Hasman.

“Bagaimanapun, sekiranya imbuhan dan bayaran yang diterima masih belum mencukupi, saya sedia mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga termasuk pihak industri pertahanan bagi membantu beliau dan anak-anak.

“Sesungguhnya, isu kebajikan anggota sangat dekat di hati saya. Semoga segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik,” tambah Hishamuddin lagi.

Kapten Hasman telah meninggal dunia akibat dihanyut banjir dalam kejadian di Missouri, Amerika Syarikat pada 26 Disember 2015.

Jenazah Kapten Hasman telah dibawa pulang ke Malaysia pada 6 Januari lalu dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Daun, Masjid Tanah.
– Rakyat Post

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s