Malaysian Official 1,! Tidak Dinamakan Dalam Saman Dan Siasatan

Posted on

KENYATAAN MENGENAI ‘MALAYSIAN OFFICIAL 1’
OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, DATO’ ABDUL RAHMAN DAHLAN

1 September 2016.

1. Seperti yang saya nyatakan kepada BBC, adalah jelas bahawa istilah ‘Malaysian Official 1’ (MO1) yang digunakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) merujuk kepada Perdana Menteri.

2. Ramai lagi yang dirujuk oleh DoJ. Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek penyiasatan.

3. Seperti yang boleh disahkan oleh mana-mana peguam, perbezaan antara dinamakan sebagai subjek dalam saman sivil, dan sekadar menjadi rujukan dalam siasatan, ibarat hitam dan putih.

4. Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya dalam barisan pembangkang sengaja mencampur-adukkan kedua-duanya bagi mengelirukan rakyat Malaysia. Kegagalan tunjuk perasaan anjuran proksi mereka dalam mempersoalkan siapa MO1 adalah tidak relevan, memandangkan MO1 tidak menjadi subjek dalam sebarang saman sivil DoJ.

5. Pada masa sama, selepas siasatan menyeluruh oleh beberapa pihak berkuasa, Perdana Menteri ternyata bebas daripada sebarang salah laku. Justeru, usaha Tun Mahathir memburukkan beliau terus gagal – seperti mana semua perancangannya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokratik.

Dato’ Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Advertisements

One thought on “Malaysian Official 1,! Tidak Dinamakan Dalam Saman Dan Siasatan

    […] Baca: Malaysian Official 1,! Tidak Dinamakan Dalam Saman Dan Siasatan […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s