Skandal FAM,! Khairy Serah ‘pendrive’ Pada SPRM

Posted on

51472790728_Khairy

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menyerahkan pemacu pena atau ‘pendrive’ yang didakwa mengandungi dokumen melibatkan skandal dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), tiba kira-kira jam 11.30 pagi.

Puluhan pihak media masih menunggu di luar perkarangan pejabat suruhanjaya itu untuk mendapatkan reaksi beliau.

Khairy menerima ‘pendrive’ itu pada Jumaat dari Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat teknikal dalam FAM.

Beliau yang lengkap berbaju Melayu sempat menunjukkan pemacu pena tersebut kepada media sebelum memasuki bangunan SPRM.

Pemacu pena tersebut yang didakwa mempunyai laporan sebanyak 279 halaman yang mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku di FAM.

KJ

Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM selain mahu memberi tumpuan kepada kelabnya.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s