TPM Zahid Hamidi,! UMNO BN Perlu Gunakan Pendekatan Ofensif Di Media Sosial, Hentikan Bersikap Defensif

Posted on

photo_2016-09-03_19-58-23

KUALA NERANG: Timbalan Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhenti bersikap defensif, sebaliknya perlu menggunakan pendekatan ofensif dalam media sosial supaya rakyat tidak terkeliru dengan fitnah yang dibuat pelbagai pihak.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 87 peratus rakyat Malaysia aktif dalam media sosial dan medium itu seharusnya digunakan bagi meningkatkan kredibiliti parti dan kerajaan.

“Zaman ini, zaman media sosial, zaman langit tanpa sempadan, ada 30 juta rakyat dengan 35 juta jumlah telefon bimbit kerana ada yang mempunyai lebih daripada satu telefon bimbit…inilah gelombang baru, jika kita tidak menghadapinya, kita akan tenggelam.

“Ini zaman untuk kita bangkit, sekarang masa untuk menyerang dan bercakap benar, demi untuk mengukuhkan kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Padang Terap di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO bahagian itu yang juga Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ahmad Zahid berkata beliau sendiri tidak terlepas daripada fitnah media sosial apabila tersebar berita mengenai dirinya diserang penyakit angin ahmar, minggu lepas.

“Kalau kena strok, takkanlah saya datang ke Padang Terap ini, pergi ke Langkawi, Sungai Besar dan menghadiri ambang dan perarakan merdeka. Sepatutnya doakanlah yang baik-baik kepada pemimpin, ini doa yang tidak baik, dosa pun dapat, bertaubatlah segera,” katanya sambil menyatakan beliau memaafkan pihak yang membuat fitnah tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri mengingatkan UMNO Kedah supaya tidak berada dalam keadaan selesa, sebaliknya perlu menggandakan usaha bagi memenangi hati rakyat.

Ahmad Zahid berkata UMNO dan BN hanya menguasai 20 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada masa ini dan pernah jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 lepas.

Justeru, katanya, pemimpin dan anggota UMNO negeri jelapang padi itu perlu muhasabah diri serta memberikan sokongan penuh kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk mengemudi jentera parti.

“Masalah yang berlalu biarlah berlalu…kita perlu jaga kandang politik kita supaya lembu tidak dimakan harimau, ayam tidak dicuri musang kerana banyak juga musang berbulu ayam, kita mesti jaga ahli, jaga kawan komponen, ambil tahu hal ehwal rakyat secara adil,” katanya.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM2 juta kepada Parlimen Padang Terap bagi menjalankan projek menaik taraf bekalan air di kawasan yang mengalami gangguan air bersih.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s