[Video] PM Najib Razak,! Hayati Prinsip Kebersamaan Untuk Kuatkan Lagi Parti

Posted on

photo_2016-09-03_20-17-06

PEKAN, 3 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar terus mengekalkan konsep kebersamaan agar parti terus utuh dan meneruskan kecemerlangan.

Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Pekan beliau mengimbau mimpi ngeri pada pilihan raya umum 1999 bagaimana pertembungan antara faktor dalaman dan juga luaran memberi implikasi kepada Parlimen Pekan.

“Mimpi ngeri pada 1999.. walaupun banyak faktor luaran mempengaruhi kita di Pekan ini tetapi faktor dalaman juga mainkan peranan.

“Ini perlu dijadikan sempadan. Sejak itu kita bangkit dengan semangat kebersamaan yang semakin baik dan pilihan raya umum ke-11 majoriti kita melonjak. Pilihan raya umum ke- 12 meningkat lagi dan seterusnya makin meningkat pilihan raya umum ke- 13.

“Perkara ini perlu dijadikan iktibar. Yang buruk jadikan sempadan dan yang baik dijadikan amalan supaya majoriti besar dapat melonjak pada pilihan raya umum akan datang di Pekan ini dan juga kawasan lain,” katanya di sini, hari ini.

Mesyuarat UMNO bahagian Pekan berlangsung di Dewan Konvensyen Sultan Hj Ahmad Shah.

Majlis turut dihadiri isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun.

Datuk Seri Najib seterusnya menegaskan konsep kebersamaan juga dapat dilihat pada temasya sukan Olimpik Rio baru-baru ini apabila seluruh rakyat bersatu memberikan sokogan kepada pemain badminton negara.

“Walaupun kita tidak menang kilauan emas pada kali ini tetapi pengalaman tersebut telah beri pengajaran kalau kita bersama.. kalau semua amal semangat kebersamaan kita boleh jadi negara lebih kuat dan berjaya.

“Menyingkap sejarah negara, kita boleh gunakan pengalaman dan kita boleh sebut beberapa peristiwa dimana kebersamaan antara kita telah membuahkan hasil.

“Ia termasuk semasa kita menuntut kemerdekaan, dengan semangat kebersamaan antara pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T Sambanthan, kita telah berjaya mendapat kemerdekaan dengan cara lebih mudah daripada kebanyakan negara lain”, ujarnya.

photo_2016-09-03_20-17-04

Sambil mengingatkan semula sejarah beliau berkata semasa PRU pertama 1955, hasil semangat kebersamaan, Parti Perikatan ketika itu telah meraih kemenangan cemerlang dengan membolot hampir semua kerusi.

Beliau seterusnya pecaya dalam sejarah banyak lagi yang lain bagaimana semangat kebersamaan serta kesatuan telah bawa kejayaan malah kadang-kadang luar dugaan.

“Sebaliknya bila kita tinggalkan semangat kebersamaan ini dan bila penyatuan serta ikatan tidak dihayati oleh kita maka sesuatu yg buruk bleh menimpa dan boleh menjadi sesuatu yang amat mudarat.

“Kita mesti sedar dalam politik mestilah dinamik dan bukannya statik,” ujarnya.

Beliau juga berkata perbezaan pendapat dalam parti bukan satu masalah namun jangan sesekali mengkhianati parti.

“Kalau tidak suka lawan dalam parti dan jangan sesekali khianat kepada parti. Berbeza pendapat tidak apa..tetapi ada kaedahnya.

“Kita berhimpun hari ini atas semangat inilah dan saya sedia terima teguran di sini. Kita betulkan dan lakukan penambahbaikan dan insya Allah kita alan terus mara ke depan.

“Namun ada pemimpin yang dulunya saran kepada parti macam mana.. setia kepada parti serta peminpin dan sebagainya. Namun hari ini semua yang diungkapkan dulu bertentangan,” katanya.

– MediaUMNO

Advertisements

One thought on “[Video] PM Najib Razak,! Hayati Prinsip Kebersamaan Untuk Kuatkan Lagi Parti

    […] [Video] PM Najib Razak,! Hayati Prinsip Kebersamaan Untuk Kuatkan Lagi Parti […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s