Ceramah Tanpa Permit,! Nurul Izzah Hadir Beri Keterangan Kepada Polis

Posted on Updated on

08a4cf1e44f783c853b207a033a173b9_L

SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tampil memberi keterangan kepada pihak polis dipercayai berhubung penganjuran ceramah tanpa permit ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Jun lalu, pada Isnin.

Beliau hadir memberi keterangan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira pukul 2 petang dan selesai dalam tempoh setengah jam kemudian.

Ketika ditemui pemberita, Nurul Izzah bagaimanapun tidak menjelaskan punca dipanggil memberikan keterangan kecuali menyatakan ia mempunyai kaitan dengan satu program ceramah anjuran AMANAH di Sekinchan semasa kempen PRK itu.

“Mereka (polis) menanyakan soalan (kepada saya) mengenai program ceramah semasa PRK Parlimen Sungai Besar yang dianjurkan oleh PAN pada Jun lalu. Ada laporan polis dibuat mengenai perkara itu.

“Saya tidak pasti sebab apa. Mereka tidak jelaskan secara terperinci kepada saya. Ia berkaitan dengan ucapan yang dibuat semasa program ceramah itu, itu sahaja. Saya dimaklumkan semua yang bercakap dalam program ceramah itu diminta memberikan keterangan,” katanya.

Selain Nurul Izzah, turut memberikan keterangan ialah Pengerusi AMANAH, Mohamad Sabu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s