Fitnah,! Menu Rancangan Makanan Tambahan Tidak Berkhasiat Cikgu Mohon Maaf

Posted on Updated on

Fitnah Kantin

Dengan isu mengenai menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dihidangkan kepada murid tidak berkhasiat sedang hangat dan tersebar merata-rata laman sosial, seorang guru memohon maaf secara terbuka di laman Facebook.

Guru terbabit tampil memohon maaf di atas ketelanjurannya. Guru tersebut, Muhammad Zulkifli berkata dia memohon maaf berhubung penyediaan RMT di Sekolah Kebangsaan Chica Tinggi, Pasir Mas. Kelantan.

whatsapp-image-2016-09-07-at-01-07-15

Baca: Fitnah,! Menu RMT, Nasi Kosong Berlauk Sepotong Sosej

Berikut kenyataan mohon maaf Muhammad Zulkifli;

Saya Muhammad Zulkifli bin Bakar dengan penuh insaf dan rendah hati memohon maaf kepada semua pihak di atas laporan penulisan bergambar berhubung penyediaan RMT di SK.Chica Tinggi. Pasir Mas, Kelantan.

Setelah diteliti saya dapati bahawa maklumat tersebut adalah tidak tepat dan tidak menggambarkan keadaan sebenar. Justeru itu saya memohon maaf secara terbuka kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Ybhg.Dato Pengarah Pendidikan Kelantan, PPP P.Mas dan semua pihak yang terlibat termasuklah pihak penendar kantin, pentadbir, guru-guru dan kakitangan SKCT.

Dengan ini saya menarik balik isu tersebut daripada laman sesawang. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pencerahan yang telah dibuat Ybhg.Dato Pegarah dan PPD Pasir Mas di media bagi menjelaskan kedudukan sebenar.
Sekian Terima Kasih.

WhatsApp Image 2016-09-06 at 18.31.49

KPM: RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

Datuk Ab Aziz Abdullah, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan menyelar tindakan pihak menyebarkan viral mengatakan sekolah di Pasir Mas menghidangkan makanan ‘daif’ kepada penerima yang rata-ratanya adalah murid kurang berkemampuan.

“Ini adalah satu tuduhan tidak berasas yang sengaja memburukkan jabatan dan Kementerian Pendidikan.

“Tidak timbul isu sekolah sediakan makanan tak berkhasiat kerana pemantauan pegawai kami mendapati menu dihidangkan adalah seperti apa yang sudah kita tetapkan iaitu nasi goreng Cina bersama lauk daging, tembikai dan air Milo, bukan gambaran sebenar yang ditunjukkan dalam gambar itu (nasi dengan sosej).

“Biasanya hidangan ini disajikan sebelah pagi dan ketika itu pengusaha masih dalam proses penyediaan,” katanya hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Badak, di sini.

Ab Aziz berkata, hidangan sosej pula adalah menu tambahan sumbangan pengusaha kantin sebagai galakan murid makan di situ.

Sehubungan itu, beliau menasihati masyarakat supaya tidak menerima dan viralkan maklumat yang diragui kebenarannya, serta menggunakan saluran betul untuk mengadu jika ada masalah dengan penyediaan makanan di sekolah.

Advertisements

2 thoughts on “Fitnah,! Menu Rancangan Makanan Tambahan Tidak Berkhasiat Cikgu Mohon Maaf

    hasnah bt abd rahman said:
    September 7, 2016 at 09:53

    dah kena titik la tu

    Like

    […] Fitnah,! Menu Rancangan Makanan Tambahan Tidak Berkhasiat Cikgu Mohon Maaf […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s