Fitnah,! Menu RMT, Nasi Kosong Berlauk Sepotong Sosej

Posted on Updated on

Fitnah Kantin

Pasir Mas, 6 Sept Sejak semalam telah kecoh di media sosial seorang guru mendakwa pengusaha kantin di sebuah sekolah dalam Parlimen Pasir Mas menyediakan makan pagi kepada murid yang menerima RMT “nasi putih dan beberapa potong sosej”.

Guru terbabit meminta pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turun padang melihat sendiri bagaimana makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) disediakan untuk murid.

Pihak PPD telah turun menyiasat perkara yang didakwa ini adalah tidak betul dan nasi yang disediakkan oleh pengusaha kantin terbabit adalah nasi goreng cina dan potongan sosej itu hanyalah inisiatif pengusaha kantin.

Fitnah yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan niat untuk menjatuhkan pihak-pihak tertentu, berita tersebut seperti dibawah.

PASIR MAS, Kelantan – Seorang guru di sebuah sekolah rendah di sini meminta pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turun padang melihat sendiri bagaimana makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) disediakan untuk murid.

Guru berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau sedih melihat menu makanan pagi untuk murid miskin tegar disediakan seperti nasi kosong dengan lauk separuh potongan sosej.

Katanya, pihak yang diberi tanggungjawab menyediakan makanan RMT tidak wajar menyediakan menu seperti itu, walaupun harga disediakan kerajaan hanya RM2.50 untuk seorang murid.

“Pagi tadi saya turun ke kantin sekolah, saya terkejut melihat makanan yang dihidangkan atas meja tidak terusik.

“Saya tanya beberapa murid yang ada di situ kenapa tidak makan nasi disediakan. Mereka jawab tidak ada selera.

“Kemudian saya ambil makanan itu dan setelah melihatnya sendiri, baru saya tahu kenapa murid hilang selera untuk makan,” katanya.

Menurut pekeliling Kementerian Pendidikan bertarikh 19 Januari 2016, pelaksanaan program itu bertujuan menyediakan makanan berkhasiat yang mengandungi nutrisi seimbang kepada murid bagi membantu mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam kelas.

Penyediaan menu makanan hendaklah mematuhi senarai menu yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan, manakala Jabatan Pendidikan Negeri, PPD dan Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah membuat pemantauan untuk memastikan semua peraturan dan prosedur kewangan dipatuhi.

Penyediaan makanan RMT hari adalah mengikut menu harian ditetap iaitu:

  1. Nasi Goreng Cina
  2. Telor
  3. Air Milo
  4. Keratan tembikai
  5. Sosej (inisiatif kantin)

Berita fitnah ini mula tersebar sejak semalam dilaman sosial dan menyebabkan netizen marah kepada pengusaha kantin terbabit dilaman sosial.

“Kelantan News juga tidak terlepas dari fitnah ini dengan menyebarkan berita tersebut malam tadi, artikel tersebut telahpun ditarik balik dan disini Kelantan News ingin memohon maaf secara terbuka kepada pihak-pihak yang terbabit dengan fitnah yang telah disebarkan.”

Advertisements

One thought on “Fitnah,! Menu RMT, Nasi Kosong Berlauk Sepotong Sosej

    […] Baca: Fitnah,! Menu RMT, Nasi Kosong Berlauk Sepotong Sosej […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s