Kesetiaan Kepada UMNO,! Perlukan Ahli Yang Setia Bukan ‘Tikam Belakang’

Posted on Updated on

239-768x768

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee sekali lagi mengingatkan perbuatan ‘tikam belakang’ sesama ahli akan memberi kesan buruk kepada kekuatan serta perpaduan parti.

Beliau berkata, sokongan kepada parti dan pemimpin hendaklah lahir daripada hati yang ikhlas kerana dengan cara demikian UMNO akan lebih bermaruah dan dihormati.

“Perbuatan itu merupakan satu pengkhianatan kepada UMNO dan perlu dikenalpasti agar tidak menjadi barah yang boleh memudaharatkan parti,” tegasnya dalam entri terbaru di UMNO Bahagian Cheras.

Beliau menjelaskan, UMNO memerlukan ahli-ahli parti yang setia kepada pucuk pimpinan bagi memastikan ‘sokong tidak membawa rebah’ pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Katanya, kesetiaan kepada parti dan pucuk pimpinan merupakan  kunci kepada kemenangan UMNO walaupun terdapat percanggahan pendapat atau perbezaan pandangan.

“Kita tidak mahu berlaku unsur-unsur atau perbuatan tikam belakang kerana ini hanya akan merosakkan  perpaduan dan kepimpinan sedia ada,” ujarnya.

Menurut beliau, walaupun ada sesetengah pihak beranggapan kadangkala keputusan atau tindakan pucuk pimpinan tidak selari dengan hasrat mereka tetapi perbezaan itu boleh diselesaikan seara berhemah.

Katanya, tidak semua keputusan atau dasar serta tindakan pucuk pimpinan mampu memuaskan hati semua pihak, apatah lagi melihat kepada jumlah keahlian UMNO melebihi 3 juta orang.

“Dalam permasalahan begini, kita perlu utamakan kepentingan parti secara menyeluruh dan setia kepada pemimpin, bukannya terjerumus dengan agenda atau kepentingan peribadi.

“Kita ada saluran tertentu, boleh disuarakan secara sopan dan mengikut kaedah tertentu, bukannya mengambil jalan pintas dengan menikam belakang atau melakukan sabotaj terhadap parti”, katanya.

Tambah beliau lagi, adalah lebih bermaruah jika mengambil tindakan  secara bertanggungjawab untuk keluar UMNO daripada berterusan menjadi ‘duri dalam daging’ kepada parti.

UMNO katanya, hanya memerlukan mereka yang benar-benar setia kepada parti dan pucuk pimpinan bagi menjamin gerakkerja menjelang PRU ke-14 tidak terencat.

“Fokus kita sekarang ialah memenangi PRU ke-14 akan datang dengan keputusan yang lebih cemerlang, tidak ada gunannya berebut tempat atau kedudukan tetapi UMNO kecundang pada pilihan raya,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali berkata analisis pemerhati politik yang mendakwa beberapa kerusi Parlimen yang dimenangi BN pada PRU ke-13 berada dalam keadaan rapuh perlu diambil perhatian serius.

“Kita tidak boleh pandang mudah, biarpun sekadar analisis tetapi kajian itu dibuat bersandarkan kepada pemerhatian, sikap pengundi dan senario politik masa kini,” ujarnya.

Beliau memberitahu, analisis atau pandangan koresponden bersabit kedudukan kerusi dimenangi UMNO itu sebenarnya satu manfaat kepada pemimpin terbabit untuk menguatkan lagi gerkakerja kepartian.

“Inilah ruang untuk ditambahbaikkan ‘pengkalan politik’ disetiap kawasan dengan  memastikan kepentingan rakyat atau pengundi sentiasa dipertingkatkan,” katanya.

Menurut beliau lagi, inilah masanya kepada seluruh pemimpin UMNO termasuk komponen Barisan Nasional (BN) turun padang bertemu rakyat menjelaskan isu-isu semasa.

“Saya menyokong penuh saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan seluruh anggota BN khususnya UMNO turun padang bagi memastikan kemenangan lebih besar kepada BN pada PRU ke-14,” ujarnya.

Syed Ali juga mengingatkan pemimpin UMNO supaya lebih  berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi tafsiran atau gambaran kepada umum bahawa parti berada dalam keadaan lemah.

“Kita kena lebih aggresif, meyakinkan rakyat bahawa UMNO sentiasa kuat dan mampu berdepan dengan cabaran serta serangan pembangkang,” tegasnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s