Pertemuan Dr Mahathir Dan Anwar Tiada Keikhlasan – Dr Zahid

Posted on

WhatsApp Image 2016-09-05 at 3.35.34 PM

PUTRAJAYA, 6 Sept – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pertemuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam adalah pertemuan politik yang tiada keikhlasan.

Beliau juga melihat usaha Dr Mahathir untuk menemui Anwar yang sebelum ini merupakan seteru politiknya itu sebagai tindakan politik terdesak, semata-mata untuk meraih sokongan daripada pihak pembangkang.

“Beliau sanggup menemui seteru politik beliau. Namun perlu dilihat bahawa tindakan itu adalah tindakan politik yang terdesak,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan ahli lembaga pengarah, pengurus syarikat dan pelanggan industri kawalan keselamatan negara, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Mahathir-Anwar1Ahmad Zahid yang juga naib presiden UMNO yang menggalas tugas timbalan presiden parti itu berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan Dr Mahathir dan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam di mana Anwar mempunyai kes berkaitan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 sebagai timbalan perdana menteri. Anwar juga dipecat daripada UMNO.

Anwar kemudian dikenakan pertuduhan berkaitan rasuah dan meliwat. Beliau dihukum enam tahun penjara pada 1999 berhubung empat tuduhan rasuah.

Beliau dibebaskan pada 2 Sept 2004 setelah hampir enam tahun menjalani hukuman penjara apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya terhadap sabitan kesalahan meliwat.

Kini, bekas ketua pembangkang itu menjalani hukuman penjara lima tahun bagi satu lagi sabitan kesalahan meliwat.
– Media UMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s