Skandal Muhyiddin,! Kes Cerai Nika Gee Selesai

Posted on

2ce91fa985951ebbfdf6ec9281c769b0_L

Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Stanley Clement Augustin dan isteri, Datuk Nika Gee Siew Yee yang dituduh mempunyai skandal dengan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi bercerai pada Selasa.

Perkara itu dimaklumkan peguam Augustin, S. Periasamy kepada pemberita selepas kedua-dua pihak bertemu hakim Mahkamah Keluarga, Mariah Ahmad di dalam kamar.

Jelas Periasamy, perkahwinan itu dibubarkan dengan persetujuan bersama berkuatkuasa serta merta.

Augustin memfailkan perceraian pada tahun lalu selepas menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan Muhyiddin.

Malah pada 7 Disember 2015, Augustin membuat satu akuan bersumpah (SD) menuduh isterinya telah menjalinkan hubungan sulit dengan figura politik terkenal dari Johor itu.

Dalam pengisytiharan tersebut, dinyatakan bahawa Nika telah bertemu Muhyiddin di luar negara dan menerima ganjaran berbentuk kewangan dan barangan daripada ahli politik itu.

Muhyiddin, bagaimanapun, telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah yang sengaja diada-adakan bagi memburukkan reputasinya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s