Jangan Terjebak Permainan Politik Orang Kecewa

Posted on

anuarmanap

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Rakyat diminta tidak terpengaruh dan mudah terjebak dengan tindak-tanduk mereka yang kecewa di dalam parti kerana golongan seperti ini sanggup melakukan apa sahaja dalam usaha mencorakkan politik baru demi kepentingan mereka.

Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap berkata perkara berkenaan dapat dilihat hari ini apabila tertubuhnya Semangat 46 dan PKR pada satu ketika dahulu dan hari ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mana tindak tanduk mereka menyerlahkan sikap dan perangai yang sebenarnya.

“Orang kecewa dalam parti ini akan buat macam-macam…akan lancarkan dakyah yang pelbagai dalam usaha memburukkan tempat dan platform mereka yang sebelum ini telah pun mencorakkan perjalanan politik masing-masing.

“Sebelum kecewa, semua ucapan memuji dan melambung tinggi kepada parti diungkapkan. Namun keadaan langsung berubah apabila mereka tidak lagi berada bersama di dalam parti. Itulah perangai orang yang kecewa,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Anuar yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia seterusnya menegaskan di kalangan generasi muda khususnya perlu bijak menilai dan bukannya terus mempercayai sepenuhnya apa yang dibawa dan dilaksanakan oleh mereka yang kecewa ini.

Katanya mereka-mereka ini sudah tentu akan menggunakan emosi rakyat dalam usaha menjayakan gerakan politik kekecewaan mereka dan atas dasar itulah semua pihak tidak perlu terlalu cepat melatah dan mudah terperangkap dengan permainan sedemikian rupa.

“Memang sudah menjadi taktik mereka untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan, khususnya melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Saya percaya akan ada macam-macam lagi cerita dan inilah yang dikatakan tadi golongan kecewa akan lakukan tindakan terdesak sedemikian rupa”, ujarnya.

Modus operandi berkenaan kata beliau lagi akan terus diulang-ulang yang akhirnya kadangkala masyarakat terjebak dan mempercayai apa yang dilontarkan itu sedangkan realiti adalah sebaliknya dan kadang-kadang langsung tidak selari dengan fakta yang sebetulnya.

“Justeru kepada rakyat sekali lagi kita harapkan tidak mudah terjebak dengan politik murahan seumpama ini yang hanya lahir daripada mereka-mereka yang kecewa,” ujarnya.

– MediaUMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s