1MDB,! KPN Nafi Mohon Bantuan Perundangan Bersama Dengan Amerika Syarikat

Posted on

khalid_abu_bakar_310715_tminazirsufari_01

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon Bantuan Perundangan Bersama (MLA) Amerika Syarikat untuk menemubual saksi-saksi di luar negara berhubung siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khalid menegaskan bahawa beberapa laporan yang disiarkan oleh media hari ini adalah tidak tepat.

“Ini tidak benar dan saya tidak pernah menyatakan seperti itu…awal hari ini saya hanya menjelaskan proses jika siasatan hendak dijalankan di luar Malaysia.

“Sekiranya kita memohon untuk mengambil keterangan daripada saksi di luar negara, PDRM akan mengikuti protokal antarabangsa yang diperlukan dan memohon MLA di bawah bimbingan Jabatan Peguam Negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid berkata PDRM berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai berhubung siasatan ke atas 1MDB dan berharap siasatan akan selesai dengan secepat mungkin.

Ketika siasatan berjalan, semua pihak harus mengelak daripada menyiarkan apa-apa laporan yang boleh menimbulkan prejudis, kata beliau.

“Kegagaglan berbuat demikian akan menyebabkan PDRM mengambil tindakan selaras dengan undang-undang,” kata beliau.

Khalid berkata fasa pertama siasatan ke atas 1MDB oleh PDRM telah selesai iaitu berdasarkan laporan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan dibincangkan.

“Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan dan memohon siasatan selanjutnya yang akan dilaksanakan oleh PDRM,” kata beliau.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s