Kencing Tikus,! Jabatan Kesihatan Kelantan Laksana Ujian Leptospirosis Tentukan Punca Kematian Pelajar

Posted on

logo_kkm_1-75mb_

KOTA BHARU, 7 Sept — Jabatan Kesihatan Kelantan akan menjalankan siri ujian susulan bagi mengesahkan punca sebenar kematian seorang pelajar semalam, yang didakwa akibat jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.

Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata walaupun ujian segera yang dilakukan menunjukkan tanda positif tetapi keputusan itu belum cukup untuk mengesahkan punca sebenar kematian pelajar tersebut.

“Kita memerlukan sekurang-kurangnya seminggu (untuk membuat analisis) sebelum keputusan penuh punca kematian mangsa diperoleh. Mengikut prosedur jabatan, ada beberapa kriteria yang perlu dipenuhi sebelum kita boleh sahkan punca kematian mangsa.

“Ujian itu termasuk ujian ‘serologi’ dan bermesyuarat dengan pakar perubatan untuk mengesahkan punca yang lebih tepat berhubung kematian mangsa,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kematian pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol di Bachok, Muhamad Fikri Farizaq Mukhtar, 15, dipercayai akibat jangkitan kencing tikus selepas mangsa bersama-sama beberapa rakan mandi di Jeram Mengaji, Pasir Puteh, 27 Ogos lepas.

Pelajar itu meninggal dunia kira-kira pukul 10 pagi semalam ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh selepas sesak nafas dan kritikal.

Baca: Rat Urine,! Linked Death in Kelantan

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Razin berkata pihaknya sudah mengambil beberapa langkah termasuk menjalankan siasatan di rumah mangsa dan lokasi mangsa dikatakan mandi bersama-sama rakannya.

“Sampel persekitaran di rumah mangsa dan air terjun Jeram Mengaji sudah diambil. Pada masa yang sama, kajian terhadap kehadiran rodensia atau haiwan berisiko sedang dijalankan di dua kawasan berkenaan.

“Setakat ini kawasan air terjun itu masih belum ditutup kepada pengunjung kerana punca kematian masih belum disahkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata bagi tahun ini sehingga 3 Sept lepas sejumlah 545 kes leptospirosis dilaporkan di seluruh Kelantan dengan empat kematian berbanding 1,394 kes serta 12 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.

“Walaupun mencatat penurunan sehingga 260 peratus, usaha mengawal jangkitan sentiasa dilaksanakan kerana leptospirosis adalah penyakit endemik (sentiasa ada),” katanya.

Katanya, jajahan paling tinggi mencatatkan kes leptospirosis ialah Kota Bharu dengan 140 kes, diikuti Pasir Mas (112 kes), Tumpat (63 kes), Machang (54 kes), Gua Musang (52 kes), Kuala Krai (44 kes), Tanah Merah (29 kes), Bachok (23 kes), Jeli (16 kes) dan Pasir Puteh (12 kes).

Dr Ahmad Razin berkata semua pihak termasuk orang ramai, pengusaha makanan dan pihak berkuasa tempatan dinasihat menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelak pelbagai jangkitan penyakit terutama denggi dan kencing tikus.

“Bagi mereka yang mengalami luka atau kudis, pastikan membalut kawasan luka dengan sempurna bagi mengelak jangkitan kuman terutama ketika berkunjung ke pusat rekreasi seperti kawasan air terjun atau jeram,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s